Thursday 23 February 2012

Baik Untuk Rakyat, Buruk Di Mata Pembangkang



KUALA LUMPUR 20 Feb – Sudah menjadi resam pembangkang, apa sahaja yang dilakukan kerajaan untuk kebaikan rakyat tidak pernah diiktiraf atau diterima pembangkang, malah mereka membuat tuduhan apa yang dilakukan itu dikatakan mempunyai agenda politik.

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyifatkan apa yang dilakukan pembangkang itu menunjukkan mereka dalam keadaan terdesak, mereka menyedari rakyat hilang kepercayaan berikutan ketidak mampuan untuk menjadi pemerintah, ini terbukti di negeri yang mereka kuasai.

“Nama pun pembangkang, apa sahaja yangb baik untuk rakyat, buruk di mata mereka, sedangkan kerajaan Barisan Nasional tidak pernah memilih bulu dalam menghulur bantuan untuk meringankan bebanan rakyat.

“Apa yang dilakukan kerajaan itu membuktikan bahawa BN sentiasa berusaha untuk membantu rakyat, sejajar dengan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, pembangkang seharusnya bersama-sama dengan kerajaan untuk membantu rakyat bukan hanya pandai bercakap atau mencari silap sahaja sedangkan tiada sumbangan mereka terhadap rakyat. Ikuti temubual lanjut bersama Tajul di Youtube UMNO Online.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...