Wednesday 30 October 2013

Program Transformasi Kerajaan (GTP)

“Yang Paling Aku Takuti Di Kalangan Umatku Ialah Orang Alim Yang Jahat”

 
 
Kenyataan Nik Aziz;
 
”… Saya kata begini, kalau UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam dan UMNO dan Pas bersatu, buat apa lagi saya berpolitik. Tidur malam tidak nyenyak. Tetapi kalau selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar.”

Tengok kenyataan ini;

“Pihak Kerajaan Negeri telah membuat PENGAKUAN bahawa tanah seluas 10,526 hektar terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000, bagi mereka adalah bertujuan kononnya untuk menjana pendapatan YIK bagi menampung urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan”. 

Apa yang berlaku, tanah inilah yang dijadikan tukaran dengan DAP untuk membolehkan PAS menjadi MB Perak.
 
Jika UMNOlah yang berbuat seperti ini, sudah pasti isu ini akan digunakan oleh PAS untuk dijadikan sebagai bukti inilah antara  kemungkaran dan amalan rasuah yang dilakukan oleh UMNO yang wajib ditentang.
 
Tetapi, disebabkan amalan ini amalan PAS, maka ianya tidak salah kerana ada niat baik di sebalik rasuah yang dilakukan, iaitu untuk menampung pembelajaran di sekolah tajaan YIK.
 
UMNO terkencing mengadap kiblat dikatakan haram. Bila PAS melakukan perbuatan yang sama, tidak haram kerana hanya “batang tubuh” yang kelihatan mengadap kiblat sedangkan “menate tu terpancut ke kiri”.
 
Beginilah cara ulamak PAS meletakkan agama. Meringan-ringankan dan mempermain-mainkan hukum Allah. Mereka menjalankan hukum Allah bersandarkan nafsu dan bukan di atas dasar iman dan taqwa.

Benarlah seperti yang disebut oleh Syeikh Kadir Jailani sebagai “golongan yang ada lidah tetapi tidak ada hati”.
 
“Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.
 
“Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. 

Inilah orang yang dikatakan oleh Nabi SAW. dengan sabda;

“Yang paling aku takuti di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat”.

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu.

Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.”

Sumber : UMNOonline



Monday 28 October 2013

Bajet RM50 juta bukti keprihatinan

 
 
YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan RM50 juta untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet 2014 membuktikan keprihatinan kerajaan untuk membangunkan dan memajukan sekolah berkenaan.
 
Beliau berkata sekolah agama khususnya SAR banyak terdapat di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
 
"Di Kedah, kita ada sekurang-kurangnya 12 buah SAR yang bukan di bawah SABK yang merupakan sekolah arus perdana, dan masih lagi berada pada tahap yang berbeza di sudut skim guru, bantuan, peralatan dan kemudahan asas yang lain," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Waris Murid-murid Sekolah Pelaksanaan Program J-Qaf, di sini hari ini.
 
Mengenai program J-Qaf (Jawi, Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain), Jamil Khir berkata program itu telah berjaya memberikan impak kepada pelajar, bukan sahaja dari segi pemahaman dalam aspek Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain malah aktiviti kokurikulum.
 
Beliau berkata program J-Qaf juga menjadi nilai tambah kepada pelajar untuk menguasai pelbagai bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
 


GST: Pembangkang Hanya Menangguk Di Air Keruh



 
KUALA LUMPUR, 28 Okt – Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mendesak pembangkang tidak terus mengelirukan rakyat dengan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pembangkang seolah-olah ‘menangguk air di sungai yang keruh’ apabila kerap memutarkan isu GST semasa musim pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

“GST adalah mekanisme yang lebih adil kerana jika ada pihak yang sebelum ini mengelak untuk membayar cukai, mereka kini perlu juga membayar enam peratus cukai kepada kerajaan, dan pendapatan itu akan disalurkan semula kepada rakyat seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau rasionalisasi subsidi,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat di sini.

Reezal Merican berkata kerajaan tidak pernah berhasrat menekan rakyat menerusi cukai, malah bersedia untuk memberikan tempoh pelaksanaannya sehingga 1 April 2015.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari mempersoalkan tindakan pembangkang yang ‘begitu takut’ dengan pelaksanaan GST, sedangkan orang lain telah menerima cukai itu.

“Malah GST tidak akan dilakukan dengan serta-merta. Ada lebih setahun sebelum ia berlaku dan ada ruang untuk meneliti sehalus-halusnya pelaksanaannya supaya semua mendapat kebaikan,” katanya.

Perkara itu juga dipersetujui Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr James Dawos Mamit yang berpendapat pembangkang tidak seharusnya menyembunyikan fakta bahawa GST tidak akan dilaksanakan kepada barangan keperluan asas seperti makanan.

Anggota Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail berkata pembangkang hanya berani menabur dakyah negatif mengenai GST di kawasan luar bandar memandangkan masyarakat di kawasan bandar tidak mudah ‘termakan’ dengan dakwaan mereka.

Justeru, bagi menangkis ‘serangan’ pembangkang dalam isu GST, Shaharuddin mencadangkan semua anggota Parlimen BN memainkan peranan untuk member penerangan sebetul-betulnya kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ketua Puteri UMNO berkata pihaknya akan mengkaji dan memahami isu GST sedalam-dalamnya untuk menangkis helah pembangkang terhadap rakyat.

Sumber : UMNOonline

Thursday 24 October 2013

Harga Alatan Komputer Di Malaysia Antara Termurah – Ahmad Shabery

 

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Harga alatan komputer dan telefon pintar di Malaysia adalah antara yang termurah di dunia kerana kerajaan komited meningkatkan akses teknologi maklumat (IT) kepada rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan pelbagai cukai tambahan untuk mereka menikmati kemudahan IT.

“Jika kita ke negara lain, kita akan dapati harga gadget (alatan) computer termasuk smartphone (telefon pintar), iPhone, iPad dan sebagainya di sini adalah murah. Jika kita lihat harga iPhone di Amerika Syarikat, tidak ada bezanya di sini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang bertanya jika kerajaan berhasrat memberikan potongan cukai kepada gadjet komputer dan telefon pintar bagi membolehkan rakyat termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman menikmati kemudahan IT.

Ahmad Shabery berkata kerajaan sentiasa komited dalam meningkatkan infrastruktur komunikasi kerana ia adalah pengukur dalam menentukan tahap kemajuan sesebuah negara pada masa kini.

Dalam perihal jalur lebar, beliau menjelaskan terdapat tiga perkara yang penting iaitu penembusan, liputan dan kepantasan.

“Untuk penembusan, kita telah mencapai sebanyak 67 peratus dan ia adalah satu angka yang boleh dibanggakan berbanding beberapa negara lain. Bagaimanapun, masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam sudut kepantasan,” katanya.

Ahmad Shabery menjelaskan usaha untuk meningkatkan infrastruktur komunikasi bukan terletak kepada kerajaan semata-mata sebaliknya memerlukan kerjasama daripada kerajaan tempatan.

Sebagai contoh, katanya kerajaan tempatan diminta membuat perancangan mengenai infrastrutur komunikasi di taman perumahan baharu yang akan dibina bagi memudahkan tapak untuk memasang fiber optik dapat dijalankan dengan mudah sekiranya kawasan itu mempunyai masalah penembusan komunikasi seperti jalur lebar.

“Sekiranya tiada tapak disediakan, syarikat telco (telekomunikasi) perlu mencari tapak yang sesuai dan mungkin perlu menyewa tanah itu…sewaan yang tinggi akan dipindahkan kepada pengguna,” katanya.

Mengenai program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia, Ahmad Shabery berkata sehingga kini, sebanyak 4,380 kampung itu telah diwujudkan selain merancang untuk menubuhkan 306 lagi.

Selain itu, sebanyak 121 Pusat Internet 1Malaysia diwujudkan di Pejabat Penerangan Daerah seluruh negara, 99 perpustakaan jalur lebar dibangunkan di perpustakaan terpilih dan pengagihan Komputer 1Malaysia telah melebihi 1 juta unit.

Sumber : UMNOonline

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...