Wednesday 22 January 2014

#AnwarKenaHalau : Pelajar Malaysia Di Jepun Terasa Diancam Akibat Perbuatan Pijak Bendera




Di media sosial hari ini, ramai pelajar Malaysia di Jepun terutamanya yang berbangsa Melayu terasa seperti diancam oleh rakan-rakan mereka yang merupakan rakyat Jepun. Ini berikutan tindakan Ketua Angkatan Pemuda Keadilan, Shamsul Iskandar bertindak untuk pijak dan bakar bendera negara tersebut. Pelajar-pelajar tersebut ditanya dengan pelbagai soalan tentang moral dan etika orang di Malaysia. Sehinggakan mereka ini dihina dan dicerca kerana datang daripada negara yang mempunyai mentaliti rendah. Pihak KLXpress telah menghubungi kenalan yang kebetulan belajar di Kyoto University di Kyoto, jepun.
 
“Saya tidak sangka kawan saya sendiri, seorang rakyat Jepun sanggup menggelarkan Malaysia sebagai negara Orang Utan,” ujar  kenalan tersebut yang mahukan namanya dirahsiakan.
 
Ada juga yang berjenaka dengan pelajar tersebut dengan mencetak poster -poster ‘Larangan Berdemonstrasi Sekiranya Gagal Faham Soalan Ujian.”
 
Nampaknya, tindakan Pemuda AMK telah sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan pelajar kita di negara Jepun. Rakyat Jepun seharusnya mengetahui bahawa bukanlah majoriti penduduk Malaysia yang melakukan aktiviti tidak cerdik seperti itu. Ramai lagi yang rasional, tidak berprasangka jahat dan tidak akan melatah dengan sesuatu perkara. Anwar Ibrahim seharusnya meminta maaf kepada Kerajaan Jepun dan penduduknya kerana tindakan bodoh anak buahnya itu yang juga merupakan seorang Ahli Parlimen.
 
“Ucapkanlah maaf tersebut demi menjaga hubungan baik dengan negara Jepun dan keselamatan rakyat kita, pelajar kita di Jepun. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri.” pesanan terakhir kenalan pihak KLXpress sebelum menamatkan perbualan.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...