Wednesday 30 May 2012

Rakyat Perlu Selami Pengorbanan Dan Perjuangan UMNO





MARAN, 30 Mei – Segelintir rakyat yang terus menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) diminta supaya mengenang kembali jasa dan pengorbanan parti itu dalam membina negara dan bangsa sehingga berjaya.

Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Tan Mohd. Aminuddin berkata, terdapat segelintir daripada mereka seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan bahawa parti keramat UMNO telah membawa pembaharuan demi kesejahteraan rakyat. Sejak merdeka, Perdana Menteri yang pertama sehinggalah kini yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah membawa pelbagai pembangunan demi negara.

“Sebab itulah orang Melayu perlu rasional dan tidak terpedaya dengan janji retorik pembangkang agar nasib anak cucu mereka tetap terbela tanpa merempat di negara sendiri. Kita lihatlah bagaimana statistik kemiskinan semakain menurun tahun demi tahun dalam menuju miskin sifar,” katanya.
Jelas beliau, dalam membina pembangunan yang baik, kebajikan rakyat tidak pernah diabaikan oleh kerajaan malah rakyat sentiasa didahulukan kerana rakyatlah pemangkin kemajuan sesebuah negara.
“Justeru, rakyat perlu bangkit dan agresif untuk mempertahankan hak daripada terus digugat pihak lain yang rakus untuk mendapat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Pekan Tajau, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil; ADUN Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari.
Menurut Tan, sikap tunggu dan lihat perlu dikikis tetapi pada masa sama hendaklah bersatu dan bekerja bagi memenangi hati rakyat.

Beliau menyeru pemimpin UMNO di peringkat cawangan bekerja keras menyedarkan ahli masing-masing terhadap gerakan pembangkang untuk mengubah landskap politik negara.
“Gerakan itu sangat berbahaya kepada nasib dan kuasa politik bangsa Melayu pada masa depan yang selama ini telah banyak mendapat faedah daripada UMNO.

“Ahli UMNO perlu mempamerkan semangat sebenar menghadapi pilihan raya umum nanti kerana ia dianggap ibu segala pilihan raya yang akan menentukan nasib bangsa dan negara,” jelasnya.

Sumber : MediaUMNO



Tuesday 29 May 2012

Siapa Pas Boleh Tentukan Hukum Masuk Syurga Atau Tidak?



KUALA LUMPUR, 30 Mei – Penentuan seseorang muslim masuk ke syurga atau sebaliknya adalah ketentuan Allah bukannya ditentukan manusia, dan hanya mereka yang jahil sahaja akan menyatakan sebegitu.

Prof. Madya Dr. Zainab Ismail, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM menyifatkan mereka yang membuat dakwaan jika menyokong mana-mana pihak boleh masuk ke syurga adalah suatu kejahilan dan membawa kepada kesesatan.

“Syurga adalah balasan Allah kepada manusia yang mengikut dan mematuhi segala perintah dan meninggalkan apa yang dilarang, ia bukannya menjadi hak atau kuasa kepada manusia untuk menentukan ia sama ada memasuki syurga atau sebaliknya.

“Siapalah kita untuk menentukan itu semua, sedangkan diri kita sendiri tidak kita ketahui dimanakah akan kita ditempatkan di hari akhirat nanti, jangan kerana sesuatu perkara kita sanggup mengiyakan hanya untuk dapatkan sokongan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Dr Zainab berkata, hanya Allah sahaja yang tahu segala-galanya termasuk apa yang berlaku di atas dunia ini termasuk membabitkan soal mati dan kehidupan setiap manusia.

“Kita sendiri tidak tahu mengenai nasib kita bagaimana kita boleh menentukan nasib seseorang, apakah kita ingin menyamai dengan agama lain yang boleh menyucikan diri dengan hanya bertemu dengan ketua agama mereka.

“Dalam al-Quran juga sudah dinyatakan bahawa setiap manusia akan dihisab, mereka akan ditentukan berdasarkan kepada amalannya di dunia dan Allah maha mengetahui pada setiap perbuatan hambanya,” katanya.

Beliau mengingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan apa jua perkara yang menjanjikan sesuatu diluar kemampuan manusia.

Sumber : MediaUMNO

RANCANGAN JAHAT DAP TERHADAP MALAYSIA


Ini adalah perancangan DAP yg cukup membimbangkan kita.Demi menjaga kesejehteraan dan keharmonian agama, bangsa dan negara Malaysia kita perlu menolak sekeras-kerasnya segala kerjasama dan perancangan DAP dan sentiasa  memastikan kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang memerintah negara Malaysia untuk selama-lamanya.

Ini dikatakan sendiri oleh seorang BEKAS setiausaha sulit Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang, En. Mohd Razali bin Abd Rahman
Perancangan Kotor DAP Jika Menawan Putrajaya"

1. Malaysia akan bertukar menjadi negara republik.

2. Agama Rasmi Kristian.

3. YDPA/ YDPN perlu dilantik darr kalangan bukan Melayu.

4. Sistem Raja Berpelembagaan akan dihapuskan.

5. Laungan azan tidak dibenarkan waktu Subuh ( Di Penang sekarang ada arahan diminta perlahankan) coz azan menganggu Cina nak tido dipagi hari.

6. Pertandingan Tilawah Quran juga akan dihapuskan. Coz membazirkan duit rakyat dan negara Arab pun x buat pertandingan sebegini.

7. Badan NGO berteraskan perjuangan orang Melayu akan dibubarkan (Pekida/Perkasa).

8. Perkahwinan campuran akan digalakkan.

9. Anak yg baru lahir x semestinya agama Islam sehinggalah anak itu 18 tahun baru dia pilih agama mereka secara mutlak.

10. Subjek Inggeris akan dijadikan bahasa rasmi. Bahasa kedua rasmi adalah Mandarin.

11. Mata pelajaran agama Islam akan dimansuhkan di sekolah. Nak belajor hanya di masjid/surau. Sekiranya orang Melayu nak juga diajar di sekolah subjek Kristian, Hindu,Buddha juga kena diajarkan di sekolah.

12. Chin Peng akan dibenarkan balik semula ke Malaysia dan diberi gelaran TUN. Nga Dan Ngeh adalah anak saudara Chin Peng.

13. MARA Akan dibubarkan coz jabatan RASIS hanya untuk org Melayu semata-mata.

14. Syarikat GLC akan diterajui oleh org bukan Melayu. Org Melayu tak bijak berniaga hanya orang Cina yang terbaik dalam ekonomi.

15. Lagu negaraku akan diubah suaikan. Di PRN Sarawak lalu ada dinyanyikan lagu negaraku & bendera baru Malaysia juga sudah ada hanya tunggu menang sahaja ke Putrajaya dan tubuhkan negara republik.

16. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana dominasi untuk orang Melayu sahaja.

17. Ketua Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara akan dilantik dari kalangan orang Cina.

18. Kakitangan kerajaan dari kalangan Melayu akan dikurangan terutamanya kementerian pelajaran sebab nak bawa masuk lebih ramai orang Cina & India.

19. 3 agensi Akan ditutup BTN, KEMAS Dan MKN.

20. Good Friday Dan Easter Day akan jadi cuti wajib Malaysia untuk memuliakan hari besar Kristian.

21. Kedutaan Israel akan diwujudkan di Malaysia.

22. DAP dapat 300 jutaUSD diberikan oleh yahudi & duit diparking di bank Singapura sementara waktu standby utk PRU 13 nie.

23. Base Tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson.

24. Majlis agama Islam akan dibubarkan. Wujudkan Suruhanjaya IFC.

25. Wang zakat akan diguna sama oleh orang bukan Islam.

26. Mahkamah Syariah dibubarkan.

27. DEB akan dimansuhkan.

28. Parti yg berteraskan agama akan dibubarkan (PAS).

29. Ketua Paderi Kristian akan dilantik sbg Menteri seperti Dato' Jamil Khir.


Monday 28 May 2012

DAP Parti perkauman



DAP tidak pernah tahu malu atau cuba melihat cermin tapi tidak habis-habis mendakwa mereka adalah parti berbilang kaum yang paling unggul. Kononnya merekalah yang paling adil, demokratik dan bersih.

Hanya mereka yang menggunakan sebelah mata saja yang akan anggguk kepada setuju dengan laungan DAP itu. Kita lihat pemimpin tertinggi mereka dari Lim Kit Siang hingga anaknya Guan Eng dan menantunya… di mana mereka bertanding bila musim pilihanraya.

Kalau betul DAP parti berbilang kaum dan diterima rakyat kepala parti itu mesti buktikan terlebih dahulu sama ada kepala parti itu bercakap benar atau bohong semata-mata. Di mana Kit Siang bertanding di mana pula anaknya Guan Eng bertanding? Bukankah kedua-dua beranak ini bertanding di kawasan majoriti besar kaum sebangsa mereka.

Beranikah kedua beranak ini untuk pilihanraya umum akan datang bertanding di kawasan campuran pengundi misalnya di Hulu Selangor, Temerloh atau Labis ataupun masih menyorok di kawasan yang sememangnya lubuk mereka.

DAP juga gagal untuk memberi tempat yang sepatutnya dalam parti mereka kepada kaum lain melainkan menjadikan mereka kaum lain ini tidak lebih sekadar perhiasan semata-mata. Lebih buruk lagi dalam parti DAP jelas di kuasa keluarga tertentu di kalangan kepala parti. Ini seperti bangkai gajah yang sukar untuk ditutup oleh DAP.

Dakwaan DAP bahawa partinya telah disertai ramai orang Melayu seperti mahu tarik perhatian rakyat bahawa DAP perjuang hak bersama dalam rakyat. Mungkin kerana ketandusan idea, DAP terpaksa menggunakan hak rakyat sebagai modal politik mereka.

Sebenarnya pengaruh DAP terhad , tidak hairanlah mereka hanya bertanding di kawasan tertentu untuk pastikan sokongan terus diberikan kepada mereka. DAP mahu tarik orang Melayu terutamanya sebagai alat solekan dan untuk jangka panjang secara perlahan-lahan mahu menendang keluar parti pakatan mereka Pas dan PKR.

Bukankah Pas parti orang Melayu dan PKR yang majoritinya orang Melayu perlu dihormati. Apa agendanya yang DAP ghairah mahu tarik sokongan dan mendabik dada kononnya mereka parti berbilang kaum sedangkang sejak penubuhan lagi bau politik mereka adalah bau perkauman yang amat dahsyat sekali. Mari kita fikir-fikirkan sedalam-dalamnya sebelum masuk perangkap.


Sumber : UMNO Online


Pelik dan Luar Biasa: Kerajaan 22 Tahun PAS Minta Derma Rakyat Untuk Bina Lebuh Raya



KUALA LUMPUR, 28 Mei – Hasrat kerajaan PAS Kelantan mahu membina lebuh raya dari Machang hingga ke Kuala Krai secara bergotong royong, dan meminta rakyat mendermakan wang ringgit atau bahan-bahan binaan untuk kegunaan pembinaan lebuh raya tersebut disifatkan sebagai satu tindakan yang amat pelik dan luar biasa.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman, PAS sebagai sebuah kerajaan yang sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan, sepatutnya sudah mampu untuk membina lebuh raya tanpa meminta bantuan pusat, apatah lagi dengan meminta derma daripada rakyat.
“Bagi saya, tindakan PAS meminta derma daripada rakyat dalam usaha membina lebuh raya ini adalah sesuatu yang agak luar biasa sekali. Rasanya tidak ada mana-mana kerajaan di dalam dunia yang berbuat sebegitu terhadap rakyat di negara atau pun di negeri mereka.

“PAS sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan, sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab PAS untuk membina lebuh raya tersebut tanpa meminta-minta sumbangan daripada rakyat. PAS sebagai kerajaan yang memerintah, tidak patut menyusahkan rakyat dengan meminta derma seperti itu,” tegasnya kepada UMNO-Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Berbanding dengan kerajaan BN yang diterjui oleh UMNO, sejak dari mula memerintah sehinggalah ke hari ini, segala projek pembangunan dan infrastruktur yang dibangunkan di negara ini berada dibawah tanggungjawab kerajaan BN sepenuhnya.

Selama ini, menurut beliau lagi, kerajaan BN tidak pernah meminta sebarang derma dari rakyat bertujuan untuk membina apa saja kemudahan dan prasarana untuk rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN untuk mencari dana, bagi membina segala kemudahan tersebut, tanpa mengharapkan bantuan rakyat apatah lagi mahu menyusahkan rakyat dengan meminta derma itu dan ini.

“Biarpun cuba dinafikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, namun tindakan kerajaan PAS Kelantan meminta derma daripada rakyat secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan PAS Kelantan tidak merancang kewangan negeri dengan baik. Bila dikatakan Kelantan sebagai negeri miskin, mereka marah. Tetapi inilah buktinya. Mahu bina lebuh raya sepanjang 33 kilometer saja pun terpaksa minta derma dari rakyat.

“Jelas dalam hal ini, kerajaan PAS tidak mampu menjadi pentadbir negeri yang baik, apatah lagi mahu mentadbir negara, kerana sudah 22 tahun memerintah pun masih lagi meminta-minta derma dari rakyat,” ujar beliau lagi.

Sumber : MediaUMNO


Prihatin 1Malaysia


KUALA LUMPUR, 28 Mei -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (hadapan tiga kiri) beramah mesra dengan sebahagian mangsa kebakaran selepas menyampaikan replika kunci rumah selepas Majlis Prihatin 1Malaysia "Sentuhan Mengubah Kehidupan" di Ladang Kam Seng, Batu 8 Gombak Utara di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Tan Sri Hassan (kiri).

Kebakaran 6 buah rumah berlaku pada 19 November 2011 telah melibatkan lima rumah kaum India dan satu rumah orang Cina.



TUNKU MAHKOTA MURKA: NIZAR JAMALUDDIN MEMANG PENDERHAKA!!



Orang seperti Nizar ini memang layak kalau tidak dibenarkan masuk ke Johor. Berikut adalah kenyataan daripada Tengku Mahkota Johor berhubung tuduhan fitnah Nizar Jamaluddin.

Message from Crown Prince of Johor to YB Nizar -JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials. The Money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim. The purpose of these foundations(Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was the Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat's Money. So before You Open your mouth. Do your research.



Inilah hakikat perjuangan PAS..

Nizar Jamaluddin membangkitkan kemarahan Raja Melayu hanya untuk mendapat perhatian dan sokongan politik PAS!!!!

 



Cara kepimpinan Nik Aziz melampau!!



KUALA TERENGGANU 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan pendekatan kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘melampau’.
Ini kerana, katanya, tindakan Nik Abdul Aziz menetapkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO dianggap seperti tidak mahu melihat perpaduan antara umat Islam sedangkan ia merupakan tuntutan agama.

“Seharusnya kita kena bersedia untuk bermuzakarah pada bila-bila masa sahaja kerana dalam bab politik kita memang boleh bercanggah pendapat tetapi tidak dalam agama Islam.
“Tidak kira kerajaan atau pembangkang, kita kena jaga perpaduan antara sesama umat Islam dan bukan hanya pentingkan ‘kerusi’ sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengawalan dan perlesenan percetakan al-Quran, di sini hari ini.

Sumber : http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm

Wednesday 23 May 2012

Himpunan Jutaan Belia 2012




Sambutan Hari Belia Negara bertujuan memberi penghormatan kepada belia negara kerana mereka telah memberi sumbangan besar kepada negara dan kerajaan. Mereka tidak harus dilihat sebagai beban tetapi bahkan mereka boleh menjadi aset berharga kepada negara kerana mereka adalah penentu ketahanan dan kekuatan sosial, politik dan ekonomi di masa hadapan.

"Kadir pembelot parti..." - Musa Sheikh Fadzir


PULAU PINANG - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir akan membantu parti itu untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan abangnya Tan Sri Abdul Kadir terhadap Umno.

Musa berkata beliau akan pergi ke mana sahaja tempat abangnya menyampaikan ceramah dan akan menjawab segala tomahannya menerusi ceramah anjuran Umno agar penduduk di kawasan berkenaan tidak terpengaruh dengan tuduhan bekas menteri penerangan itu.

"Dalam keluarga, saya hormat dia sebagai abang tetapi dalam parti saya akan menentangnya habis-habisan kerana dia telah belot kepada parti.

"Apa sahaja tomahan atau tuduhan yang dibuat terhadap Umno, saya akan pertahankan kerana saya orang parti, apa tuduhan dan di mana dia buat tuduhan... saya akan jawab," katanya kepada pemberita selepas menyertai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima bendera Umno sempena larian sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu di sini hari ini.

Abdul Kadir, yang mengumumkan keluar Umno pada 19 Mac lepas, sebelum ini dikritik banyak pihak kerana enggan menyatakan pendiriannya sama ada menyokong Barisan Nasional (BN) atau pembangkang berikutan kenyataannya pada Januari lepas yang mendakwa BN memberi antara RM200 dan RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum Mac 2008.

Musa, yang juga ketua bahagian Bukit Mertajam, berkata beliau tidak lemah semangat dengan keputusan Abdul Kadir keluar Umno malah lebih berkobar-kobar berjuang bersama Umno.

"Cuma kami sekeluarga kecewa dengan beliau (Abdul Kadir) kerana selepas 50 tahun lebih bersama Umno mengapa baru sekarang dia meninggalkan parti. Saya tahu beliau berkecil hati dengan dua atau tiga orang dalam Umno tetapi mengapa mesti mengorbankan perjuangan beliau selama ini, ini perkara sia-sia," katanya.

Musa turut merayu abangnya agar kembali kepada Umno dan aktif semula seperti sebelum ini.

Sumber - Bernama

Tuesday 15 May 2012

Tunku Aziz keluar DAP..



KUALA LUMPUR: Pemimpin kanan Melayu dalam DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (atas), malam tadi mengumumkan keluar daripada parti yang didominasi kaum Cina itu.

Tunku Abdul Aziz yang dilantik Naib Pengerusi sebaik menyertai DAP pada Ogos 2008, berkata beliau tiada pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepemimpinan parti.
Dalam program wawancara Chat Time terbitan ntv7, Tunku Abdul Aziz berkata, sebelum ini beliau pernah diingatkan oleh teman dan rakan seperjuangan supaya bersedia untuk dipecat berikutan tindakannya membantah perhimpunan BERSIH 3.0 yang disokong pembangkang, termasuk DAP.

“Saya tidak ada masalah untuk itu, tetapi sehingga kini tiada petunjuk daripada pucuk pimpinan bahawa ini akan menjadi takdir saya.

“Anda bertanya adakah saya akan meletak jawatan... saya rasa sudah tiba masanya saya melihat secara serius kedudukan saya dalam lingkungan budaya dan sistem parti. Saya menerima banyak nasihat daripada keluarga dan rakan dalam membuat keputusan.

“Berdasarkan perbezaan pendapat yang tidak boleh dipulihkan, saya tiada pilihan kecuali berundur secara bermaruah. Maka dengan ini, saya akan keluar daripada DAP,” katanya dalam program dihoskan Norzie Pak Wan Teh dan Charles Mohan.
Tunku Abdul Aziz dilantik Senator pada 2009, tetapi DAP tidak menyambung perkhidmatannya dipercayai akibat bantahan terbukanya terhadap perhimpunan BERSIH 3.0.

Beliau berkata, tidak semua ahli parti pakatan pembangkang bersetuju dengan perhimpunan itu kerana tidak ada jaminan ia akan berakhir dengan aman.

Tunku Abdul Aziz juga menegaskan penganjur BERSIH dan parti politik yang menyokong perhimpunan itu sepatutnya sedar bahawa selepas tiga kali perhimpunan diadakan, kerajaan mendengar permintaan mereka dan telah melakukan banyak perubahan untuk manfaat negara.

“Kita sudah menyampaikan bantahan kepada pengetahuan mereka (kerajaan) tetapi jangan lupa mereka adalah kerajaan yang dipilih secara sah. Pergi bercakap dengan mereka. Sudah tiga bantahan BERSIH dilakukan. Adakah anda fikir kita perlukan lagi?

“Kerajaan sedang mendengar. Walaupun saya dari parti pembangkang, saya dapat melihat merit apa yang mereka lakukan. Saya dapat melihat apa yang mereka lakukan kerana mereka mendengar.

“Kerajaan yang tidak mendengar tidak akan membuat semua perkara ini. Kita selalu ingat yang kita boleh melakukan yang baik... beri mereka peluang untuk menunjukkan bahawa mereka melakukan (sesuatu) yang akan memberi manfaat kepada negara,” katanya.

Mengenai perancangan masa depannya, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau tidak mempunyai cita-cita besar yang khusus tetapi berhasrat untuk menyumbang kepada negara.

“Saya harap dalam tempoh waktu yang tinggal ini, saya boleh berbuat demikian,” katanya.

Sumber : Berita Harian
 
 

 

 
 
 
 
 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...