Sunday 19 January 2014

Tutup Peluang Orang Melayu Timba Ilmu



exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam3

MUAR, 19 Jan -Tindakan kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang ingin menutup Pusat GiatMARA di Taman Selayang Barum disifatkan sebagai satu percubaan bagi menutup ilmu untuk orang Melayu, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebagai seorang pemimpin negeri, Abdul Khalid sepatutnya mengembangkan ilmu dan berkongsi pengetahuan tanpa mengira fahaman politik.
“Saya tak rasakan pusat giatMARA itu tidak memberi manfaat kepada masyarakat. Bahkan semua pihak sepatutnya mahukan pusat seumpama itu diperluas kerana ia adalah sebuah institusi ilmu untuk memberi latihan kemahiran kepada golongan muda,” katanya ketika mengulas isu itu selepas menziarahi tokoh sejarahwan, Ibrahim Joned, 91, di kediamannya di Taman Bunga Raya, JalanTemenggung Ahmad di sini hari ini.

Razali juga berkata alasan kononnya bangunan yang menempatkan Pusat GiatMARA tidak sesuai di tapak terbabit adalah tidak relevan kerana sentiasa menjadi tumpuan generasi muda setempat untuk menimba ilmu kemahiran.

Beliau mendakwa Abdul Khalid bertindak sedemikian kerana projek itu diasas dan dikendali oleh kerajaan pusat.

Sumber : UMNOonline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...