Wednesday 15 February 2012

Hadi Tempelak Anwar,PR Bakal Berpecah



Keretakan dalam Pakatan Rakyat semakin terserlah dengan kenyataan terbaru Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu menolak pendapat Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan negara haram Israel.

Abdul Hadi yang dianggap sebagai Tok Guru dikalangan ahli Pas mengatakan hukum sebagai haram untuk mengiktiraf sebuah negara yang haram.

Kenyataan beliau sekali gus menyukarkan kepimpinan Anwar ang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Dalam satu temuramah dengan akhbar Wall Street Journal lebih dua minggu lalu, Anwar secara terang menyokong segala usaha untuk memastikan keselamatan Israel sekaligus kewujudannya.

Israel diwujudkan pada 1948 melalui Perjanjian Balfour yang memperlihatkan rampasan bumi Palestin dan tragedi paling besar ke atas penduduk Islam.

Implikasi bangkangan Pas terhadap kenyataan Anwar tidak boleh dipandang enteng.

Setelah kehilangan jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam di Selangor kepada PKR, Pas dituduh takut kepada PKR lantas di tuduh telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Kini parti itu yang sedang bergelut dengan krisis keyakinan terhadap perjuangan parti itu terpaksa menunjukan taringnya dengan menghentam pendirian Ketua Umum PKR itu.

Walaupun agak lewat untuk Abdul Hadi memberi respons balas berkaitan sikap berlembut Anwar terhadap negara Zionis-Yahudi itu namun ia sudah cukup melebarkan jurang perbezaan pendapat antara PKR, Pas dan DAP.

Perbezaan hakiki yang terpaksa diselindungi oleh Dasar Pendirian Bersama yang ditandatangani antara Anwar, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi ialah isu ideologi.

Pas berkeras dengan agenda Negara Islam dan DAP dengan konsep Malaysian Malaysia manakala PKR pula berpegang kepada fahaman pluralisme agama.

Dalam pergelutan ideoplogi akhirnya Pas tewas kepada PKR dan DAP dan terpaksa menjinakkan slogan Negara Islam kepada hanya Negara Berkebajikan.

Dengan hilangnya agenda untuk menegakkan negara Islam, Pas terumbang ambing seolah-olah kapal yang patah kemudi.

Sanggahan Abdul Hadi terhadap kenyataan Anwar mungkin untuk meredakan kemarahan ahli-ahli Pas peringkat akar umbi yang melihat parti itu seperti lembu yang dicucuk hidung, terpaksa tunduk kepada kehendak PKR dan DAP.

Perbezaan pendapat antara dua pemimpin politik Melayu dalam Pakatan Rakyast sebenarnya mencerminkan masalah dalaman yang lebih serius.

Paling menonjol ialah penerimaan kepimpinan Anwar sendiri sebagai Ketua Umum PKR merangkap pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Pendakwaan jenayyah liwat sebanyak dua kali pada 1998 dan sepuluh tahun kemudian banyak mencalarkan imej Islam yang di bawa oleh Anwar.

Dengan jaringan antarabangsa di kalangan tokoh-tokoh dunia Islam, Anwar berjaya meletakkan persona sebagai tokoh dunia Islam yang popular.

Namun kecacatan akhlak dan peribadi yang jijik telah menjatuhkan tahap keyakinan beliau sebagai pemimpin yang bersih dari segi moral apatah lagi apabila agama dipertaruhkan sebagai sandaran.

Tambahan pula tindakan PKR merampas jawatan Exco Agama kepunyaan Pas di Selangor menyemarakkan lagi kemarahan
akar umbi parti itu.

Besar kemungkinan Pas akan terpaksa mempertimbangan semula hubunganya dengan PKR dan DAP sebagai rakankongsi dalam
Pakatan Rakyat.

Umpama menghuni sebuah rumah, apa gunanya kalau dianggap sebagai rakankongsi yang setaraf tetapi duduknya di penjuru dapur!

MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...