Wednesday 7 March 2012

Pas Makin Dayus, Setelah Dimalukan Di Selangor Kini Melarat Ke Kedah



 
KUALA LUMPUR, 7 Mac – Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat yang dibentuk untuk mengawalselia kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena bukan saja dalam pentadbiran di negeri terbabit tetapi juga dalam pakatan pembangkang dan kepimpinan pusat Pas sendiri.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam yang mengikuti perkembangan semasa melihatnya sebagai wujudnya satu keraguan besar terhadap kemampuan Pas dalam mengurustadbir dan mengetuai sesebuah kerajaan.

“Pas sebagai pentadbir negeri sudah tidak dipercayai atau diyakini oleh rakan-rakan sekutunya termasuklah DAP sendiri dan tentunya ini bukan satu perkara baru tetapi ia adalah lanjutan daripada apa yang berlaku di Selangor,” katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, jika sebelum ini kepimpinan Selangor telah dilucutkan daripada Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam di negeri terbabit apabila ia diletakkan di bawah kepimpinan Menteri Besarnya yang mewakili PKR.

“Sekarang ini Pas bukan hanya dimalukan di Selangor tetapi kepimpinannya di Kedah juga dikesampingkan apabila terpaksa tunduk dan berada di bawah satu jawatankuasa khas yang mana dikatakan ia adalah angkara daripada tangan-tangan ghaib khususnya Ketua Umum PKR sendiri dan dengan persetujuan tersebut bermakna Pas dayus.

“Apabila jawatankuasa tersebut dipertanggungjawabkan maka bukan hanya kepimpinan Datuk Seri Azizan tetapi juga kepimpinan Pas secara keseluruhannya turut diragui dan diperlekehkan,” katanya.

Ujar beliau lagi, jika sebelum ini ada pihak yang mendakwa wujudnya kerajaan boneka dan ada konflik dalam pentadbiran Negeri Kedah maka dengan seliaan daripada jawatankuasa tersebut sudah membuktikan bahawa wujudnya kepincangan atau pengambilalihan kuasa diselabik status Menteri Besar dari Pas.

“Dengan adanya jawatankuasa tersebut maka apakah ada masa depan Pas bersama dengan pakatan pembangkang sedangkan mereka tidak diberi kuasa sepenuhnya sebagai ketua pentadbir negeri jika dibandingkan dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang atau kerajaan PKR di Selangor.

“Barangkali juga ia adalah satu lagi komplot yang tidak senang dengan imej Pas yang berpaksikan Islam dan pakatan pembangkang ini enggan Islam ditegakkan sebagaimana pendirian Hassan Ali di Selangor.”

Tambahnya, dengan insiden yang berlaku ini maka ada satu percubaan untuk melihat apakah Pas boleh dipergunakan atau dijadikan sebagai bahan politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

“Jika tidak mahu dianggap sebagai pemimpin dayus, maka eloklah Pas memikirkan sesuatu yang lebih baik kerana dalam pakatan pembangkang sendiri ada perancangan antara dua parti lain yang barangkali juga turut diketahui oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana sehingga kini beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan apa yang berlaku.”

Katanya, ada kemungkinan juga ia adalah perancangan bagi memastikan bukan Pas yang mengetuai Kedah sekiranya pakatan pembangkang dapat mengekalkan negeri terbabit selepas PRU nanti

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...