Tuesday 21 January 2014

Tindakan Tegas Perlu Diambil Terhadap Pihak Persenda Titah Agong


 

PUTRAJAYA, 21 Jan – Tindakan tegas harus diambil terhadap pihak yang mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengenai hak eksklusif penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama Islam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tindakan mengeluarkan kenyataan provokasi dan mempersenda titah Seri Paduka ialah perbuatan yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

najib-angkat-sumpah-pm-agong-istana-pru13

“Kita tahu dalam Perlembagaan, Islam merupakan agama Persekutuan dan Seri Paduka berhak  mengeluarkan pandangan dan titah berlunaskan perundangan sedia ada,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Anggota Lembaga Pemegang Amanah Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) di sini, hari ini.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata tindakan provokasi demi kepentingan politik itu perlu dihentikan segera.

“Jangan anggap perkara ini ringan kerana Yang di-Pertuan Agong ialah satu institusi berdaulat bagi orang Melayu, apa lagi bila Seri Paduka mengeluarkan titah mengenai agama Islam. Maka, hal ini jangan diperkecilkan oleh mana-mana pihak,”katanya.

 Sumber : UMNOonline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...