Monday 12 March 2012

Rasuah, Khalwat, Liwat Tapi Pemimpin Pembangkang Tak Mahu Letak Jawatan

SHAH ALAM, 12 Mac – Pengorbanan melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini tidak mungkin mampu dilakukan oleh mana-mana pemimpin pembangkang, walaupun mereka telah dicemari dengan isu dan skandal yang memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

Bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lokman Noor Adam berkata umum telah menyaksikan sendiri apa yang terjadi bila sesuatu isu melibatkan pemimpin pembangkang, contohnya Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini didakwa telah meliwat Sukma, Mior, Azizan, Ismail Harun, Ahmad Hairani, Saiful Bukhari dan ramai lagi, namun beliau tidak pernah merasa aib malah masih cuba menegakkan benang yang basah walaupun spermanya dijumpai dalam rektum Saiful.

“Anwar yang ‘kantoi’ bila gambar video lucahnya dengan pelacur China didedahkan oleh Datuk Eskay, masih tak tahu malu dan mengekalkan kerusinya sebagai Ketua Pembangkang. Begitu juga dengan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong masih lagi dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor walaupun beliau telah bersekedudukan dengan Helmi yang mendedahkan gambar bogelnya.

“Terbaru, Pengarah Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor, Ustaz Badrul Amin masih dikekalkan sebagai Ahli MPT PKR dan Penerangan Kerajaan Selangor walaupun ditangkap khalwat bersama isteri orang pada jam 2 pagi dalam sebuah bilik hotel di Kuantan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dalam masa yang sama, Lokman yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata skandal pasir di Selangor juga mengaitkan ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafie dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari malah Menteri Besar Selangor sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim namun sehingga kini, mereka masih mendiamkan diri dan masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Besar Selangor.

“Bukan itu saja, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih mempertahan Mat Sabu bermati-matian walaupun Mat Sabu telah ditangkap khalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru. Hari ini Mat Sabu pula diangkat sebagai Timbalan Presiden Pas.

“Begitu juga dengan Saiful Bukhari yang kekal sebagai ADUN Selising walaupun Saiful sebelum ini pernah ditangkap dalam bilik VVIP 1 gerabak keretapi KTM bersama isteri orang. Yang menangkap mereka Pembantu Nik Aziz sendiri dan dalam keadaan isteri orang itu hanya memakai tuala merah dan Saiful hanya berseluar dalam,” tambahnya lagi.

Ujarnya, Nik Aziz yang kantoi kerana mahu pergi menunaikan Haji dengan duit hasil suapan Abroad Technologies Sdn Bhd bernilai RM650,000 setelah meluluskan hampir 3000 hektar konsesi balak dan konsesi pasang billboard kepada Abroad Tech, tanpa segan silu mengakui bahawa beliau sudah 20 tahun ke Mekah dan tidak pernah memakai duitnya walaupun 5 sen.

“Bagaimana pula dengan Ir Ariffahmi Abd Rahman, menantu Nik Aziz dilantik oleh beliau sebagai CEO PMBK sehingga rugi berjuta ringgit, Nik Aziz sedikit pun tak pernah rasa bersalah,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, jelas beliau semua pihak harus memuji sikap tanggungjawab dan tulus Datuk Shahrizat Jalil, satu sikap yang tidak wujud dalam jiwa roh mana-mana pemimpin pembangkang yang lain.

“Apa yang mereka ada hanyalah menyalahkan UMNO dan BN atas segala kesilapan yang mereka lakukan sendiri, jauh sekali untuk mengakui kesilapan dan mengaku salah kerana inilah sikap sebenar pemimpin pembangkang,” ujarnya.




Hasan Ali Akan Saman Dua Pemimpin PAS

BATU PAHAT – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya. Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman ke atas dua pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.

“Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia.

“Bila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) pula katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini,” katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di sini.

Mahfuz sebelum ini telah dipetik oleh sebuah laman portal sebagai mendakwa terdapat unit di bawah KBS yang menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hasan di seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan.

Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga NGO yang diasaskan olehnya yang dinamakan Jati. – BERNAMA

Sumber : MyNewsHub

Sunday 11 March 2012

KLINIK 1MALAYSIA

Bertepatan dengan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’, 50 buah klinik 1Malaysia telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah .

Sebanyak 48 daripada 50 buah klinik 1Malaysia telah beroperasi. Hanya terdapat 3 hingga 4 klinik ini di setiap negeri. Klinik ini bertujuan memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah.

Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital (HA). Kerajaan membenarkan HA memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula. Bagaimanapun, Klinik ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.


Pilih Kerajaan Yang Mampu Urus Tadbir Negara – Najib


PEKA – Rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang dilihat mampu untuk mengurus tadbir negara dengan cekap demi kelangsungan kesejahteraan dan kemakmuran, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata memilih sebuah kerajaan yang mampu mengurus tadbir negara adalah penting kerana rakyat pada akhirnya juga yang akan menerima manfaatnya.

“(Memilih kerajaan) Bukan setakat pandai bersyarah sahaja atau gantung ‘bulan’ paling tinggi, tetapi kelebihan urus tadbir negara dan agensi, baru boleh jana kekayaan, bila dah berjaya, wajib bantu rakyat dan orang ramai,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Vitamin 1Malaysia dan penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2012 di Dataran Pekan, di sini, Ahad.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Dr Shamsul Anuar Sulaiman.

Najib berkata ungkapan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan perlu diterjemahkan dalam bentuk realiti supaya boleh dirasai dan dimanfaatkan oleh rakyat.

“Kerajaan melalui Pelan Transformasi Ekonomi dan kerajaan serta pentadbiran yang berasaskan kepada KPI (indeks prestasi utama) maka kita berjaya merangsang dan memacu ekonomi yang baik iaitu pada kadar pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata pencapaian itu perlu dilihat sebagai satu pencapaian yang amat baik ketika negara dan dunia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Kita juga telah dapat mengembangkan ekonomi sebanyak RM1.3 trilion pada tahun lepas, satu rekod yang belum pernah dicapai sebelum ini, juga pelaburan tambahan sebanyak RM105 bilion,” katanya.

Perdana Menteri berkata kesan tadbir urus yang cekap juga membolehkan pelbagai agensi kerajaan mendapat keuntungan sekaligus dapat mengagihkan keuntungan kepada rakyat yang memerlukan.

“Contohnya 1MDB, bila dapat untung kita bentuk yayasan dan kita bagi pada rakyat yang memerlukan bantuan, seperti nelayan, kita bagi bantuan menerusi program Ihsan Samudera.

“Belum pernah dalam sejarah kita bagi pelbagai bantuan seperti yang rakyat dapat dalam sebulan dua ini macam bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, baucar buku RM200 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah ada yang kata seumur hidup tak pernah pegang lima keping duit RM100, katanya.

“Justeru, ingatlah kerajaan ini untuk rakyat dan yang berbudi kepada rakyat dan kita tahu bila rakyat akan balas balik budi kepada kita,” katanya.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan bantuan vitamin kepada 7,321 sekolah seluruh negara yang melibatkan 516,472 pelajar sekolah rendah yang terlibat dalam program Vitamin 1Malaysia.

Sumbangan vitamin yang diberikan itu bertujuan membantu meningkatkan tumbesaran dan kesihatan supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik murid-murid. – BERNAMA


Wednesday 7 March 2012

8 Mac 2012 – Berita Gembira Untuk 1 Juta Kakitangan Awam!


KUALA LUMPUR- Kakitangan awam seluruh negara pasti akan terperanjat dan gembira apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman amat penting melibatkan perubahan gaji dan skim perkhidmatan kumpualan berkenaan, pagi esok di Putrajaya.

Pengumuman itu dijangka dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam program Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri.

Sumber memberitahu Mynewshub.my, ada kejutan dan kegembiraan besar menanti kakitangan awam.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pengenalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dalam perbentangan Bajet 2012 pada akhir tahun lalu bagi mengantikan Skim Saraan Malaysia (SSM).

Pelaksanaan SBPA bagaimanapun terpaksa ditangguhkan berikutan bantahan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Pas Makin Dayus, Setelah Dimalukan Di Selangor Kini Melarat Ke Kedah



 
KUALA LUMPUR, 7 Mac – Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat yang dibentuk untuk mengawalselia kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena bukan saja dalam pentadbiran di negeri terbabit tetapi juga dalam pakatan pembangkang dan kepimpinan pusat Pas sendiri.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam yang mengikuti perkembangan semasa melihatnya sebagai wujudnya satu keraguan besar terhadap kemampuan Pas dalam mengurustadbir dan mengetuai sesebuah kerajaan.

“Pas sebagai pentadbir negeri sudah tidak dipercayai atau diyakini oleh rakan-rakan sekutunya termasuklah DAP sendiri dan tentunya ini bukan satu perkara baru tetapi ia adalah lanjutan daripada apa yang berlaku di Selangor,” katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, jika sebelum ini kepimpinan Selangor telah dilucutkan daripada Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam di negeri terbabit apabila ia diletakkan di bawah kepimpinan Menteri Besarnya yang mewakili PKR.

“Sekarang ini Pas bukan hanya dimalukan di Selangor tetapi kepimpinannya di Kedah juga dikesampingkan apabila terpaksa tunduk dan berada di bawah satu jawatankuasa khas yang mana dikatakan ia adalah angkara daripada tangan-tangan ghaib khususnya Ketua Umum PKR sendiri dan dengan persetujuan tersebut bermakna Pas dayus.

“Apabila jawatankuasa tersebut dipertanggungjawabkan maka bukan hanya kepimpinan Datuk Seri Azizan tetapi juga kepimpinan Pas secara keseluruhannya turut diragui dan diperlekehkan,” katanya.

Ujar beliau lagi, jika sebelum ini ada pihak yang mendakwa wujudnya kerajaan boneka dan ada konflik dalam pentadbiran Negeri Kedah maka dengan seliaan daripada jawatankuasa tersebut sudah membuktikan bahawa wujudnya kepincangan atau pengambilalihan kuasa diselabik status Menteri Besar dari Pas.

“Dengan adanya jawatankuasa tersebut maka apakah ada masa depan Pas bersama dengan pakatan pembangkang sedangkan mereka tidak diberi kuasa sepenuhnya sebagai ketua pentadbir negeri jika dibandingkan dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang atau kerajaan PKR di Selangor.

“Barangkali juga ia adalah satu lagi komplot yang tidak senang dengan imej Pas yang berpaksikan Islam dan pakatan pembangkang ini enggan Islam ditegakkan sebagaimana pendirian Hassan Ali di Selangor.”

Tambahnya, dengan insiden yang berlaku ini maka ada satu percubaan untuk melihat apakah Pas boleh dipergunakan atau dijadikan sebagai bahan politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

“Jika tidak mahu dianggap sebagai pemimpin dayus, maka eloklah Pas memikirkan sesuatu yang lebih baik kerana dalam pakatan pembangkang sendiri ada perancangan antara dua parti lain yang barangkali juga turut diketahui oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana sehingga kini beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan apa yang berlaku.”

Katanya, ada kemungkinan juga ia adalah perancangan bagi memastikan bukan Pas yang mengetuai Kedah sekiranya pakatan pembangkang dapat mengekalkan negeri terbabit selepas PRU nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...