Sunday 23 June 2013

Tak Mahu Bayar Caj Air : Guan Eng Takut Tembelang Pecah ‘Untung Atas Angin’



PULAU PINANG, 21 Jun – Kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya cadangan Kerajaan Negeri Kedah mahu mengenakan caj bekalan air mentah ke atas kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak munasabah sebenarnya adalah satu taktik untuk Pulau Pinang menutup tembelang mereka sendiri.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin, Guan Eng sebenarnya bimbang tembelangnya selama tiga tahun ini menipu rakyat terbongkar apabila kerajaan Negeri kedah mengenakan bayaran pengambilan sumber air mentah dari Sungai Muda.
Jelas Shaikh, selama bertahun-tahun negeri Pulau Pinang tidak dikenakan sebarang bayaran terhadap pengambilan sumber air tersebut ini kerana semasa zaman pemerintahan BN di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
“Tetapi sejak DAP memerintah Pulau Pinang, kerajaan negeri ini telah mengenakan caj Bayaran Air Mentah (Raw Water Fee) kepada PBAPP sebanyak 3 sen semester/padu. Bayangkan betapa banyak kerajaan Negeri Pulau Pinang buat untung atas angin sedangkan mereka mengambil air secara percuma malah air tesebut bukan air negeri Pulau Pinang. Ianya adalah air negeri Kedah.
“Selepas itu, mereka mengenakan pula surcaj air kepada rakyat yang menggunakan air lebih daripada yang telah ditetapkan. Sekiranya bil air rakyat melebihi RM21.40, rakyat harus membayar 24 sen bagi setiap satu meter/padu lebihan air yang digunakan.
“Ini membawa maksud, selama ini rakyat yang membayar kos air kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri hanya kaut untung atas angin. Inilah penipuan DAP yang menindas rakyat dalam diam tetapi takyat tidak sedar hakikat ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah beliau lagi, kerana hal inilah maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang takut sekiranya muslihat mereka menindas rakyat terdedah dan mereka hilang punca ‘rezeki’.
Maka jelasnya, adalah tidak salah sama sekali malah amat sesuai sekali Kerajaan Negeri Kedah terus bertegas untuk mengenakan bayaran terhadap pemgambilan sumber air mentah ini.
Beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kedah mengambil tindakan undang-undang terhadap Pulau Pinang sekiranya masih terus berdegil membayar premium air mentah tersebut.
Sumber :  MediaUMNO

Masyarakat Berilmu Perlu Dilengkapi Dengan Moral Dan Akhlak Terpuji – Najib



KUALA LUMPUR, 20 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat berilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji untuk membentuk masyarakat dan negara terbilang.

Perdana menteri berkata masyarakat berilmu juga bakal melonjakkan prestasi dan menjamin kemakmuran negara. “Secara peribadi, saya juga berpendapat bahawa ilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji.

Gabungan ilmu dan moral akan membentuk masyarakat dan negara terbilang,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini. Najib berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai kepentingan melabur menerusi ilmu.

Baru-baru ini, Mohamed Khaled mengingatkan golongan belia supaya terus menguasai ilmu, kemahiran dan pengetahuan supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih menyeluruh. Sifat ‘melabur diri’ itu akan menjadikan belia lebih berdaya saing dan berfikiran positif sekali gus menjadikan mereka aset penting dalam masyarakat, tegas Mohamed Khaled.

 Sumber : UMNO Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...