Tuesday, 14 February 2012

BR1M Bukan Rasuah – Ketua Pesuruhjaya SPRM



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.

“Itu (BR1M) bukan rasuah,” kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai ‘Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan’ pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini Selasa.

Beliau berkata terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan.

Abu Kassim berkata negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu.

KUALA LUMPUR: Lebih 300 ulama, cendekiawan Islam dan blogger akan menyertai Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur selama tiga hari, bermula Jumaat ini bagi membincangkan isu semasa membabitkan kepentingan umat Islam di negara ini.

Himpunan anjuran Kelab Sahabat Bina Negara (KSBN) itu juga akan membincang dan menyusun langkah kesederhanaan (wasatiyyah) Islam dalam tindakan semua pihak, selaras dengan wawasan wasatiyyah diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang turut dijadualkan menyampaikan ucaptama pada jam 11 pagi Ahad ini. Presiden KSBN, Mohd Khairuddin Mohammad berkata, sasaran utama himpunan itu bagi menyatupadukan dan mewujudkan kerjasama intelektual antara pihak terbabit bagi memperkasakan umat Islam di negara ini. Katanya, ia juga bertujuan mendedahkan isu penting semasa negara daripada perspektif Islam dan peranan blogger, meningkatkan kefahaman konsep wasatiyyah di kalangan semua pihak, selain mempertingkatkan pemahaman terhadap usaha transformasi 1Malaysia berdasarkan pendekatan Islam yang unggul dan memaksimumkan input dalam ruang media alternatif.

“Himpunan ini diharap mampu menggerakkan keilmuan dan tanggungjawab bersama dalam melahirkan ummah bersatu, masyarakat lebih kritis, idealistik dan konstruktif melalui pelbagai media alternatif yang begitu dekat dengan masyarakat sekarang,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Antara ahli panel terbabit ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; profesor dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Sidek Baba; ulama muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya; Fellow Universiti Oxford, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Panel lain ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan; Pengarah Urusan Eurofine (M) Sdn Bhd, Ida Rahayu Md Noor; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan; Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Raja Arif Raja Ali dan Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk A Kadir Jasin.

UMNO SASAR 1 JUTA AHLI BARU DAFTAR PEMILIH



KUALA LUMPUR: Umno menyasarkan satu juta ahli baru parti itu akan mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Naib Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata buat masa ini, keahlian Umno lebih 3.5 juta dengan 661,000 ahli masih belum mendaftar sebagai pengundi. Beliau menjangka keahlian sedia ada berkurangan apabila proses mengemaskini daftar keahlian Umno selesai April ini berikutan ada ahli meninggal dunia, berpindah atau tidak aktif. Kita yakin akan mencapai jumlah keahlian seramai empat juta menjelang PRU-13 dengan sasaran sejuta ahli dan pengundi baru menerusi kempen pendaftaran aktif dijalankan parti dan sayap Pemuda serta Puteri Umno.

Berdasarkan proses berjalan sekarang, lebih 50 peratus keahlian membabitkan golongan muda dan kita akan gunakan kempen mempermudahkan usaha mendekati golongan ini seperti pendekatan interaktif menggunakan laman sosial Facebook, e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) selain turun ke padang, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Seminar Keahlian dan Pelancaran Skuad Cari Seramai Ahli (CSI) serta Kembara Daftar Pemilih anjuran Biro Keahlian Puteri Umno, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Sekretariat Biro Keahlian Umno, Datuk Dr Adham Baba dan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata Skuad CSI berperanan mendekati rakyat bagi menarik keahlian dan memastikan mereka mendaftar sebagai pengundi selain memberi penerangan jelas kepada rakyat bagi menangkis tohmahan parti pembangkang, katanya.

Sementara itu, Rosnah berkata, pergerakan itu menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada 119,000 ahlinya yang layak mengundi, berdaftar dengan SPR sebagai pemilih sebelum Jun ini.

Keahlian Puteri Umno kini dianggarkan 340,000 orang di seluruh negara dan proses pemutihan perlu dilakukan segera bagi mengenal pasti ahli yang masih setia kepada parti, katanya.

Sumber : Berita Harian

Thursday, 9 February 2012

Kukuh Perpaduan, Pelihara Keharmonian – TPM


KUALA LUMPUR, 14 Feb – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh umat Islam di Malaysia supaya sentiasa
memperkukuh perpaduan dan memelihara keharmonian sesama warganegara dan sesama umat Islam.

Beliau berkata umat Islam juga perlu menerima hakikat mengenai kemajmukan kaum dan agama dalam negara sebagai satu rahmat kurniaan Allah s.w.t yang tidak ternilai.

Dalam perutusan Maulidur Rasul 1432H, Muhyiddin berkata sempena sambutan tahun ini seluruh umat Islam perlu mengingati tujuan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.

Beliau berkata tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah adalah bertepatan dengan makna kerahmatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

“1Malaysia yang melambangkan keharmonian dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam sebuah negara majmuk adalah rahmat yang paling berharga buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Muhyiddin berkata hal ini mengingatkan umat Islam betapa Rasulullah s.a.w juga berjaya membina Madinah sebagai sebuah kota bertamadun yang aman dan damai dengan didiami oleh masyarakat pelbagai keturunan dan agama.

“Walaupun berlainan keturunan dan agama, mereka diikat dengan tali persaudaraan sebagai warga kota Madinah. Dalam konteks sebuah negara moden seperti Malaysia, sewajarnyalah umat Islam dan bukan Islam yang menjadi warganya diiktiraf sebagai saudara sewarganegara,” katanya.

Beliau berkata 1Ummah pula melambangkan kesatuan akidah sesama umat Islam, dan sesungguhnya menerima cahaya keimanan adalah rahmat yang paling istimewa buat seorang mukmin.

“Dengan menerima cahaya keimanan, para mukminin bukan sahaja beroleh hidayah daripada Allah s.w.t, tetapi dengan sendirinya menjalin hubungan silaturahim esama umat Islam.

“Dalam hubungan ini, umat Islam tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa dan arna kulit adalah saudara seakidah,” katanya

Sunday, 29 January 2012

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya




Thursday, 19 January 2012

Pas Masih Berselimut Dalam Kantung “Penipuan” – Ulama Muda

KUALA LUMPUR 27  Jun – Pas hari ini diselar kerana masih lagi berselimut di dalam kantung “penipuan” walaupun pakar dan bukti dengan jelas menyebut bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video yang heboh diperkatakan umum hari ini adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ulama Muda UMNO, Ustaz Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji berkata sikap dan tindak tanduk Pas yang masih berkiblatkan kepada Anwar dilihat mempunyai agenda tersirat sehingga menutup mata demi mencapai cita-cita dan kepentingan politik mereka.

Menurut beliau jika perkara itu berlaku kepada pihak lain khususnya UMNO dan  Barisan Nasional (BN) percayalah akan keluar pelbagai ayat al-Quran dan hadis bagi menunjukkan kepada umum bahawa mereka adalah pejuang kepada kebenaran dan penghalang kepada kebatilan.


“Namun sikap berkenaan tidak wujud hari ini kerana Pas sudah mula berpaksikan kepada matlamat menghalalkan cara. Kenapa saya katakan begitu..Ini kerana Pas hari ini mula termimpikan Putrajaya…Lagi satu…apabila melibatkan pihak lain, merekalah yang akan berlari ke depan.

“Namun bila terkena batang hidung mereka sendiri, mereka hanya berlari anak dan seolah-olah tidak perlu diambil perhatian. Percayalah…matlamat Pas hari ini hanyalah untuk menumbangkan UMNO serta BN dan bukannya ikhlas dalam perjuangan.

“Jika mereka ikhlas dan jujur pada diri sendiri serta tidak mementingkan kuasa dan pangkat, kebenaran akan berada di atas dan kepentingan mereka akan menjadi perkara yang kedua. Apapun kita tunggulah pada saat dan ketika yang mana kebenaran akan timbul pada satu hari nanti,” katanya kepada UMNO-Online.

Dua pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ”tampering” (diubah-ubah) dan ”superimpose” (gambar ditindih) dilakukan.

Pakar-pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Tajuddin seterusnya kesal Pas sanggup memperalatkan agama demi kepentingan kuasa dan parti mereka semata-mata.

“Janganlah jadi “syaitan yang bercakap” kerana kesannya amat buruk sekali kepada Islam dan umat Islam itu sendiri. Saya berharap dan berdoa moga-moga kepimpinan Pas yang dikatakan dibarisi golongan agama dan cerdik pandai bijak menilai untuk kepentingan bersama.

“Bukti dah ada depan mata….Pakar telah pun sahkan segala-galanya,” katanya. -MediaUMNO


Semua Inisiatif Terus Beri Faedah Dan Manfaat Kepada Rakyat


KUALA LUMPUR, 31 Dis  – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin semua inisiatif kerajaan di bawah Dasar Transformasi Nasional, yang diumumkan sepanjang 2011, akan terus memberi faedah dan manfaat kepada rakyat.

Sambil menyatakan syukur kerana inisiatif berkenaan disambut baik rakyat, beliau berkata Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang dilaksanakan dua tahun lepas telah menunjukkan hasil positif dalam menambah baik sistem penyampaian kerajaan dan memacu ekonomi negara.

 Beliau berkata Program Transformasi Luar Bandar dan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan tahun ini pula diyakini mampu merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar serta antara kaum.

 Katanya kesemua ini adalah pelengkap kepada usaha untuk mewujudkan sebuah negara maju, makmur dan sejahtera.
 “Jutaan terima kasih kepada anda rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan dan bersama-sama kepimpinan negara dalam menjayakan agenda transformasi yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam perutusan Tahun Baru 2012 hari ini.

 Muhyiddin berkata selaras dengan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Najib semasa membentang Belanjawan 2012 telah menggariskan pelbagai inisiatif dalam membawa hala tuju negara.

 Ini termasuk pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia, Bantuan Persekolahan RM100, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia, yang kesemuanya bertujuan meringankan beban hidup rakyat.
 Bagi anggota perkhidmatan awam, Timbalan Perdana Menteri berharap beberapa penambahbaikan yang telah dipersetujui antara kerajaan dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dapat dijadikan bukti komitmen kerajaan dalam membela golongan tersebut.

 Justeru, beliau mahu anggota perkhidmatan awam berusaha dengan lebih gigih meningkatkan tahap kecekapan dan profesionalisme dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

 Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, turut menyatakan penghargaannya kepada guru-guru dan warga pendidikan yang memberikan sepenuh komitmen sehingga keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mencatat keputusan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
 Ini, katanya sekaligus membuktikan bahawa usaha gigih guru-guru dalam melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dan Program Pembangunan Sekolah telah menunjukkan hasil yang membanggakan.

 “Terima kasih juga kepada para ibu bapa yang amat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan memberikan sokongan padu kepada kerajaan dalam meningkatkan mutu pendidikan,” katanya.

 Muhyiddin turut mengajak rakyat memulakan tahun baru dengan terus mengamalkan perpaduan, hormat menghormati antara kaum dan mengukuhkan kerjasama antara satu sama lain, bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.
 Masyarakat tidak harus memandang mudah perpaduan yang dikecapi kerana tanpa usaha dan persefahaman antara rakyat berbilang kaum dan agama, ia tidak akan tercapai, katanya.

 Rakyat juga harus berbangga kerana keistimewaan Malaysia yang berupaya mengekalkan serta mengukuhkan kemerdekaan dan keharmonian di kalangan penduduk pelbagai agama, bangsa dan budaya.

 “Marilah kita sama-sama mengukuhkan yang sedia utuh, merapatkan yang renggang dan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain kerana sesungguhnya perpaduan dan keamanan yang dibina di atas semangat persefahaman dan penerimaan antara kaum adalah prasyarat utama untuk negara terus berkembang maju,” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...