Thursday 19 January 2012

Pas Masih Berselimut Dalam Kantung “Penipuan” – Ulama Muda

KUALA LUMPUR 27  Jun – Pas hari ini diselar kerana masih lagi berselimut di dalam kantung “penipuan” walaupun pakar dan bukti dengan jelas menyebut bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video yang heboh diperkatakan umum hari ini adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ulama Muda UMNO, Ustaz Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji berkata sikap dan tindak tanduk Pas yang masih berkiblatkan kepada Anwar dilihat mempunyai agenda tersirat sehingga menutup mata demi mencapai cita-cita dan kepentingan politik mereka.

Menurut beliau jika perkara itu berlaku kepada pihak lain khususnya UMNO dan  Barisan Nasional (BN) percayalah akan keluar pelbagai ayat al-Quran dan hadis bagi menunjukkan kepada umum bahawa mereka adalah pejuang kepada kebenaran dan penghalang kepada kebatilan.


“Namun sikap berkenaan tidak wujud hari ini kerana Pas sudah mula berpaksikan kepada matlamat menghalalkan cara. Kenapa saya katakan begitu..Ini kerana Pas hari ini mula termimpikan Putrajaya…Lagi satu…apabila melibatkan pihak lain, merekalah yang akan berlari ke depan.

“Namun bila terkena batang hidung mereka sendiri, mereka hanya berlari anak dan seolah-olah tidak perlu diambil perhatian. Percayalah…matlamat Pas hari ini hanyalah untuk menumbangkan UMNO serta BN dan bukannya ikhlas dalam perjuangan.

“Jika mereka ikhlas dan jujur pada diri sendiri serta tidak mementingkan kuasa dan pangkat, kebenaran akan berada di atas dan kepentingan mereka akan menjadi perkara yang kedua. Apapun kita tunggulah pada saat dan ketika yang mana kebenaran akan timbul pada satu hari nanti,” katanya kepada UMNO-Online.

Dua pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ”tampering” (diubah-ubah) dan ”superimpose” (gambar ditindih) dilakukan.

Pakar-pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Tajuddin seterusnya kesal Pas sanggup memperalatkan agama demi kepentingan kuasa dan parti mereka semata-mata.

“Janganlah jadi “syaitan yang bercakap” kerana kesannya amat buruk sekali kepada Islam dan umat Islam itu sendiri. Saya berharap dan berdoa moga-moga kepimpinan Pas yang dikatakan dibarisi golongan agama dan cerdik pandai bijak menilai untuk kepentingan bersama.

“Bukti dah ada depan mata….Pakar telah pun sahkan segala-galanya,” katanya. -MediaUMNO


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...