Sunday 11 March 2012

KLINIK 1MALAYSIA

Bertepatan dengan gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’, 50 buah klinik 1Malaysia telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010. Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah .

Sebanyak 48 daripada 50 buah klinik 1Malaysia telah beroperasi. Hanya terdapat 3 hingga 4 klinik ini di setiap negeri. Klinik ini bertujuan memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah.

Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital (HA). Kerajaan membenarkan HA memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula. Bagaimanapun, Klinik ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...