Thursday 1 September 2011

Ramadhan & Air Mata Palestin..

BAITULMUQADDIS, 20 Ogos 2011 – Tentera Israel berterusan mencemar bulan Ramadhan dengan membedil Gaza yang menyaksikan pihak penentang membalas serangan roket ke arah Israel. Serangan roket pihak penentang telah merosakkan bandar pelabuhan Ashdod yang mencederakan enam orang awam, sebagai membalas perbuatan rejim Israel membedil penenmpatan Gaza…..

Petikan diatas merupakan keratan berita yang saya petik dari satu sumber di laman web. Kekejaman Israel terus berleluasa walaupun di bulan Ramadhan, malah tidak akan pernah berhenti kekejaman mereka sehinggalah mereka dapat memastikan keseluruhan rakyat Palestin diusir keluar dari tanah Palestin.

Dalam kita seronok dan ghairah melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain di bulan yang mulia ini, saya tergerak untuk mengajak sahabat-sahabat sekalian berfikir dan merenung sebentar bagaimana keadaan dan nasib umat Islam di Negara Palestin dalam mereka menyambut bulan Ramdhan yang penuh mulia ini. Contohnya peristiwa yang saya berikan diatas, umat islam Palestin terus menerus diserang sehingga mencederakan umat Islam walupun masih berada dalam bulan Ramdhan. Renungkan, dalam kita seronok menjamu selera berbuka puasa dengan hidangan yang enak dan lazat, kita terkadang lupa dengan keadaan umat Islam di Palestin yang saban hari dijamu dengan ‘hidangan’ peluru sebagai ‘makanan berbuka’ mereka.

Dalam kita sibuk beribadah di malam yang sepi, dalam tenang dan khusyuk kita menunaikan solat isyak dan tarawikh, malam mereka di sana pula tidak putus-putus dihujani dengan dentuman bom-bom yang bisa menghancurkan tubuh badan mereka dalam sekelip mata. Darah mereka tumpah kerana bedilan bom dan hujan peluru puak Zionis.Kita di Malaysia hidup aman tenteram, sejahtera maka wajib bagi kita bersyukur dengan segala RAHMAT yang telah dikurniakan oleh Allah SWT...Aminnn..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...