Wednesday, 31 July 2013

Raja Muda Perlis Mahu Tindakan Tegas Terhadap Pihak Hina Islam

 
 

KANGAR, 31 Julai – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja melakukan penghinaan dan provokasi terhadap Islam.
 
 
Baginda bertitah perbuatan itu merupakan pernyataan sinis yang melampau dan ia tidak boleh diterima oleh rakyat yang waras apatah lagi mereka yang berpendidikan terutama dalam konteks masyarakat majmuk.
 
“Janganlah siapa sekalipun bermain api. Jauhilah daripada berjudi dengan sentimen agama dan kaum demi menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara yang kita cintai ini,” titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama warga Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di Kompleks Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.
 
 
Baginda mengingatkan bahawa walaupun Islam mengajar umatnya bertoleransi namun sikap Melayu-Islam perlu sentiasa kukuh.
 
 
“Sudah tiba masanya setiap umat Islam menjana transformasi dengan melakarkan perubahan, mewarnai persekitaran berpandukan agama Islam, bersendikan al-Quran dan al-Sunnah, berpaksikan kepada Rukun Islam dan berteraskan Rukun Iman,” titah baginda.
 
 
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah mutakhir ini berlaku banyak kekeliruan dan salah tafsir mengenai Islam dengan pelbagai label diberikan.
“Propaganda seperti ini jika dibenarkan berterusan mampu merosakkan nama dan kesucian Islam selain meracuni pemikiran sehingga ‘klise’ sebegini mudah dianggap sebagai satu kebenaran,” titah baginda lagi.
 
Baginda mengingatkan umat Islam supaya terus membela serta mempertahankan kesucian agama di samping mengukuhkan syiarnya demi kelangsungan tamadun.
 
 
Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Canselor AUCMS manakala yang hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
 
 
Sumber : UMNO Online


Tugas Saya Berakhir Lewat Malam, Tidak Setakat Waktu Pejabat -MB Perlis


 
KANGAR, 20 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Perlis, Azlan Man berkata tugas beliau berakhir hingga lewat malam dan tidak berakhir setakat waktu pejabat sahaja.

"Saya masuk kerja sebelah pagi dan selepas selesai tugas pejabat, saya ada tugas di luar pejabat termasuk bertemu masyarakat, menghadiri majlis tertentu dan turut menziarahi kematian," katanya.

Sehubungan itu beliau kecewa dengan tuduhan bahawa beliau hanya berkhidmat mengikut waktu pejabat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Perkara ini berbangkit mungkin disebabkan salah tafsir orang ramai terhadap kenyataannya kepada ketua-ketua jabatan sebelum ini, yang kemudian disebar sehingga mempunyai unsur fitnah, katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Dewan Perniagaan Melayu Perlis di sini Jumaat malam.

Azlan menjelaskan bahawa dalam pertemuan itu, beliau meminta penjawat awam supaya komited terhadap tugas semasa bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang, sebelum mereka pulang.

Beliau turut kesal kerana dituduh lokek dalam mengeluarkan peruntukan bagi projek pembangunan kerajaan negeri.

"Saya memang kedekut jika diminta peruntukan bagi kegiatan yang hanya membuang masa, tetapi saya akan memberi kelulusan segera bagi perkara-perkara yang berfaedah termasuk hal kebajikan," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa beliau belum bertemu jentera parti yang membawa kemenangan Barisan Nasional di Perlis pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Azlan berkata perjumpaan telah diadakan dan akan terus diadakan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan hasil derma syarikat dan individu kepada lebih 300 orang ibu tunggal, anak yatim, golongan kurang upaya dan penghuni rumah kebajikan di majlis itu.
 
Sumber : BERNAMA
 


Thursday, 18 July 2013

MAAFKAN SAJA PASANGAN BLOGGERS HINA ISLAM - Muslimah PAS

 
 
MUDAHNYA....

PEMIMPIN PAS INI MAAFKAN PENGHINAAN ALVIN & VIVIAN SERTA MENABUR FITNAH DENGAN MENUDUH INI SEMUA KONSPIRASI UMNO, ISLAM DIHINA PASANGAN PORNO DI SOKONG WALAU PUN DIA SENDIRI TAHU SEBELUM INI PUN SUDAP ACAP KALI PASANGAN INI MEMPERSENDA KITA DENGAN BERMACAM MASALAH !!!! 
 


Tuesday, 2 July 2013

Ustaz Kazim Mampu Tumbangkan Kerajaan DAP Pulau Pinang??

 
 
Saya tidak faham mengapa perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat program Forum Perdana di negeri jajahan “Khalifah” Lim Guan Eng itu dengan alasan yang bersifat kebudak-budakan, phobia dan jelas bermotifkan politik.

Alasan yang diberikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu ialah ahli panel di program itu bernama Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz dan beliau dikatakan mampu menggugat kerajaan kerajaan negeri.
 
Kerana Ustaz Kazim maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarahkan program Forum Perdana yang dijadual diadakan di negeri itu pada 5 Julai ini dibatalkan? Kerana Ustaz Kazim? Biar betul!

Semalam Al-Fadhil Ustaz Kazim Al-Hafiz memberitahu media mengenai dirinya yang “digam” oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu. Katanya, Exco agama di negeri itu keluarkan arahan begitu dan membatalkan Forum Perdana tersebut.

Beliau meluahkan rasa kesalnya atas sikap kerajaan negeri pimpinan Guan Eng itu. Namun apakan daya, bila kuasa di pulau mutiara itu diserahkan pada kafir harbi, begitulah nasib penceramah bebas seperti Ustaz Kazim.

Peliknya, sejak bila pula Ustaz Kazim mampu mengganggu gugat Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Hebat benarkah ceramah Ustaz Kazim sehingga mampu memberi kesan pada sesebuah kerajaan negeri?

Apakah Ustaz Kazim berceramah dan menghasut supaya rakyat di Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan menghuru-harakan kerajaan pimpinan Guan Eng itu? Hebat sangatkah “aura” Ustaz Kazim hingga mampu tumbangkan rejim Dinasti Lim di negeri DAP itu?

Saya tertanya-tanya, kalaulah “Ostat Ferrari” atau “Ostat McD” yang dijemput memberikan ceramah politikkan agama di Forum Perdana itu, rasanya tak perlu permit pun, terhegeh-hegeh Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan sediakan segala kemudahan dan beri kerjasama erat.

Biarpun Ustaz yang baru saja tambah isteri yang masih dara itu sering mengeluarkan hukum ikut suka mak bapak dia saja da tidak menghiraukan hukum Islam yang sebenar, dia tetap diterima dan dibenarkan berceramah di Pulau Pinang.

Kenapa “Ostat” itu dialu-alukan di Pulau Pinang? Sebab dia boleh kukuhkan lagi rejim DAP kafir harbi di negeri itu? Padahal, dia tidak lebih dari “peserta Maharaja Lawak” yang “disqualified” kerana memperdagangkan agama dan ceramahnya untuk beli “roadtax” kereta Ferrarinya?

Exco agama di Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim sebenarnya menafikan dakwaan Ustaz Kazim tersebut. Katanya dia tak tahu menahu tentang arahan Kerajaan Negeri itu dan mungkin apa yang berlaku terhadap Ustaz Kazim itu merupakan “salah faham”.

Pelik! Exco agama tak tahu pun tentang arahan itu? Sedangkan Ustaz Kazim sendiri yang mendakwa menerima arahan itu dari Exco terbabit. Siapa yang menipu? Ustaz Kazim atau Abdul Malik “itik”? Pada saya, saya lebih percayakan Ustaz yang punya gelaran Al-Hafiz berbanding ahli politik!

Salah faham apa yang Abdul Malik cuba katakan? Ustaz Kazim tidak faham arahan Kerajaan Negeri? Atau arahan terhadap Ustaz Kazim itu dikeluarkan oleh pihak tertentu tanpa pengetahuan Abdul Malik sendiri? Atau lebih tepat lagi, Abdul Malik makan gaji buta atau Exco sendiri yang tidak faham bahasa?

Saya agak terkilan perkara ini berlaku di saat umat Islam di negara ini begitu hampir untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh dunia.

Saya tidak pasti sama ada ini adalah salah satu gerakan membalas dendam terhadap isu “Jonker Walk” di Melaka. Tapi pada saya, biar apa pun alasan di sebalik insiden ini, kita tidak perlu lagi beri muka pada DAP laknatullah itu. Mereka wajar diajar sewajarnya…

Sumber : UMNO Online


Sunday, 23 June 2013

Tak Mahu Bayar Caj Air : Guan Eng Takut Tembelang Pecah ‘Untung Atas Angin’



PULAU PINANG, 21 Jun – Kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya cadangan Kerajaan Negeri Kedah mahu mengenakan caj bekalan air mentah ke atas kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak munasabah sebenarnya adalah satu taktik untuk Pulau Pinang menutup tembelang mereka sendiri.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin, Guan Eng sebenarnya bimbang tembelangnya selama tiga tahun ini menipu rakyat terbongkar apabila kerajaan Negeri kedah mengenakan bayaran pengambilan sumber air mentah dari Sungai Muda.
Jelas Shaikh, selama bertahun-tahun negeri Pulau Pinang tidak dikenakan sebarang bayaran terhadap pengambilan sumber air tersebut ini kerana semasa zaman pemerintahan BN di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
“Tetapi sejak DAP memerintah Pulau Pinang, kerajaan negeri ini telah mengenakan caj Bayaran Air Mentah (Raw Water Fee) kepada PBAPP sebanyak 3 sen semester/padu. Bayangkan betapa banyak kerajaan Negeri Pulau Pinang buat untung atas angin sedangkan mereka mengambil air secara percuma malah air tesebut bukan air negeri Pulau Pinang. Ianya adalah air negeri Kedah.
“Selepas itu, mereka mengenakan pula surcaj air kepada rakyat yang menggunakan air lebih daripada yang telah ditetapkan. Sekiranya bil air rakyat melebihi RM21.40, rakyat harus membayar 24 sen bagi setiap satu meter/padu lebihan air yang digunakan.
“Ini membawa maksud, selama ini rakyat yang membayar kos air kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri hanya kaut untung atas angin. Inilah penipuan DAP yang menindas rakyat dalam diam tetapi takyat tidak sedar hakikat ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah beliau lagi, kerana hal inilah maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang takut sekiranya muslihat mereka menindas rakyat terdedah dan mereka hilang punca ‘rezeki’.
Maka jelasnya, adalah tidak salah sama sekali malah amat sesuai sekali Kerajaan Negeri Kedah terus bertegas untuk mengenakan bayaran terhadap pemgambilan sumber air mentah ini.
Beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kedah mengambil tindakan undang-undang terhadap Pulau Pinang sekiranya masih terus berdegil membayar premium air mentah tersebut.
Sumber :  MediaUMNO

Masyarakat Berilmu Perlu Dilengkapi Dengan Moral Dan Akhlak Terpuji – Najib



KUALA LUMPUR, 20 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat berilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji untuk membentuk masyarakat dan negara terbilang.

Perdana menteri berkata masyarakat berilmu juga bakal melonjakkan prestasi dan menjamin kemakmuran negara. “Secara peribadi, saya juga berpendapat bahawa ilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji.

Gabungan ilmu dan moral akan membentuk masyarakat dan negara terbilang,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini. Najib berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai kepentingan melabur menerusi ilmu.

Baru-baru ini, Mohamed Khaled mengingatkan golongan belia supaya terus menguasai ilmu, kemahiran dan pengetahuan supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih menyeluruh. Sifat ‘melabur diri’ itu akan menjadikan belia lebih berdaya saing dan berfikiran positif sekali gus menjadikan mereka aset penting dalam masyarakat, tegas Mohamed Khaled.

 Sumber : UMNO Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...