Sunday 23 June 2013

Masyarakat Berilmu Perlu Dilengkapi Dengan Moral Dan Akhlak Terpuji – Najib



KUALA LUMPUR, 20 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat berilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji untuk membentuk masyarakat dan negara terbilang.

Perdana menteri berkata masyarakat berilmu juga bakal melonjakkan prestasi dan menjamin kemakmuran negara. “Secara peribadi, saya juga berpendapat bahawa ilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji.

Gabungan ilmu dan moral akan membentuk masyarakat dan negara terbilang,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini. Najib berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai kepentingan melabur menerusi ilmu.

Baru-baru ini, Mohamed Khaled mengingatkan golongan belia supaya terus menguasai ilmu, kemahiran dan pengetahuan supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih menyeluruh. Sifat ‘melabur diri’ itu akan menjadikan belia lebih berdaya saing dan berfikiran positif sekali gus menjadikan mereka aset penting dalam masyarakat, tegas Mohamed Khaled.

 Sumber : UMNO Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...