Thursday, 23 February 2012

Baik Untuk Rakyat, Buruk Di Mata Pembangkang



KUALA LUMPUR 20 Feb – Sudah menjadi resam pembangkang, apa sahaja yang dilakukan kerajaan untuk kebaikan rakyat tidak pernah diiktiraf atau diterima pembangkang, malah mereka membuat tuduhan apa yang dilakukan itu dikatakan mempunyai agenda politik.

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyifatkan apa yang dilakukan pembangkang itu menunjukkan mereka dalam keadaan terdesak, mereka menyedari rakyat hilang kepercayaan berikutan ketidak mampuan untuk menjadi pemerintah, ini terbukti di negeri yang mereka kuasai.

“Nama pun pembangkang, apa sahaja yangb baik untuk rakyat, buruk di mata mereka, sedangkan kerajaan Barisan Nasional tidak pernah memilih bulu dalam menghulur bantuan untuk meringankan bebanan rakyat.

“Apa yang dilakukan kerajaan itu membuktikan bahawa BN sentiasa berusaha untuk membantu rakyat, sejajar dengan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, pembangkang seharusnya bersama-sama dengan kerajaan untuk membantu rakyat bukan hanya pandai bercakap atau mencari silap sahaja sedangkan tiada sumbangan mereka terhadap rakyat. Ikuti temubual lanjut bersama Tajul di Youtube UMNO Online.

60 DALIL PAS BUKAN PARTI ISLAM


Bila Al-Quran dan Hadis diputar-belitkan, bila Islam dieksploitasi dan dipolitikan, bila fatwa disongsangkan, bila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, bila sesama Islam dipecah-belahkan, bila kemungkaran disorok-sorokkan, bila kebatilan diwar-warkan, bila tabung jihad diselewengkan, bila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut
luar negara diperalatkan, bila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, dan akhirnya bila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan, Islamkah
PAS sebenarnya?

1. TAA'SUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.

2. JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

5. SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

6. MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang
lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.

7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai
rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH
Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’ yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.

9. MEMBOHONGI JANJI
Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah
dilakukan.

10. JANJI KOSONG
PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.

11. KENYATAAN PALSU
Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong
kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.

12. MAKSIAT DI KELANTAN
Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di
Kelantan.

13. BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD
Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan.

14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN
Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin
PAS.

15. CAKAP LAIN BUAT LAIN
Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah.

16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN
Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana,
Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu.

17. FATWA YANG MEROSAKKAN
Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi
keluarga Islam di negara ini.

18. MENGHASUT
PAS menyuburkan perbuatan mengumpat.

19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM
PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak
mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini bercanggah
dengan usaha peningkatan syiar Islam.

20. BAHASA LUCAH
Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan
dalam buku ‘Shit’.

21. PENYALAHGUNAAN PONDOK
PAS telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh
ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh bukan
golongan mereka.

22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK
PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan
melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap
Kerajaan.

23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR
Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap
pemimpin Islam.

24. FITNAH TERHADAP KERAJAAN
Meracuni pemikiran mahasiswa Islam dengan menabur fitnah dan menanam rasa
benci terhadap kerajaan.

25. ABAI TANGGUNGJAWAB
PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan
orang lain.

26. MAHU TAPI MALU
PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan
anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh
kerajaan.

27. TANAM KEBENCIAN ORANG RAMAI
Buku-buku yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam
sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan.

28. AKHBAR BERUNSUR FITNAH
Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah.

29. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN
PAS menggunakan surau-surau/masjid-masjid dan khutbah untuk menimbulkan
kebencian kepada kerajaan sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan
nikmat.

30. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan
Rakyat tetapi mereka juga yang memperolehi banyak faedah daripadanya.

31. MENGHASUT RAKYAT
PAS memesongkan dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam
ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan sedangkan skim itulah yang boleh
membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia.

32. HANYA PANDAI MENGKRITIK
PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang
pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik.

33. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH
PAS memerintah negeri Kelantan, tanpa sebarang perancangan untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah
jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.

34. TIDAK IKHLAS
Tidak menunjukkan keihklasan dalam perbincangan sama ada di DUN/Parlimen.

35. TIDAK TETAP PENDIRIAN
Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala
berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala
pendapat mereka menjadi sebaliknya.

36. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN
PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib
baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial.

37. KEBAJIKAN TERBATAS
PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan
keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah.

38. SEBAR FITNAH KEBURUKAN NEGARA
PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang
keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara.

39. PERKARA-PERKARA KURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN
PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat
sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam.

40. AMALAN DAN KEPERCAYAAN SESAT
PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang
mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki
syurga.

41. TIADA PERSEFAHAMAN
PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan dari sembahyang
Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan.

42. TIDAK SERIUS DALAM MELAKUKAN SESUATU
PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar
seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama
Islam.

43. MENGKHIANATI AMANAH
PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri
mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan
mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah
negara.

44. TIDAK MEMBERI KERJASAMA
PAS memandang rendah kepada Tabung Haji tidak memberi kerjasama dalam
urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta
mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti
muslim dari negara-negara lain.

45. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN
PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati
peraturan Kerajaan Arab Saudi.

46. JEMAAH HAJI TERTIPU
Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan
mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas.

47. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM
Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat
ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam.

48. KEGONCANGAN DALAM POLITIK
PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan tetapi mereka
sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka.

49. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN
Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS
tidak kelihatan berusaha untuk melindungi/menolong golongan tersebut.

50. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN
PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan
mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu
perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam.

51. PENDIRIAN TIDAK JELAS
PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang
dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu
bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah.

52. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN
PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa
sendiri seperti DAP/PKR sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada
usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu.

53. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN
Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik
mereka.

54. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN
PAS di peringkat awal di zaman pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi kelihatan
terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih
agresif dan ekstrim.

55. MEMENTINGKAN SIMBOL
PAS hanya mementingkan simbol tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar
masyarakat Islam.

56. CAKAP TAK SERUPA BIKIN
PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis Tilawah atas dasar suara
perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator
perempuan mewakili Kerajaan PAS Kelantan untuk mengambil bahagian dalam
perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara.

57. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA
PAS melarang perempuan bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya.

58. TIDAK JAWAB/BERI SALAM PADA PARTI LAWAN
Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada
orang Islam dari parti lawan.

59. PENYALAHGUNAAN SIMBOL
PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan
timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan
ibadat.

60. AHLI PAS YANG BUKAN ISLAM
PAS membenarkan bukan Islam menganggotai partinya, sedangkan ia menuduh UMNO
menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.

Wednesday, 22 February 2012

Bai’ah Calon PRU Pas Hanya Merosakkan Aqidah Ummah


Lepas mengkafirkan ahli UMNO pada tahun 1982, Presiden PAS sekali lagi mengeluarkan “fatwa” terbarunya yang meletakkan hukum WAJIB bagi setiap calon PRU yang mewakili PAS untuk berbai’ah.

Dalam kenyataan Hadi baru-baru ini kepada media, bai’ah tersebut adalah untuk memastikan agar calon-calon PAS tidak menyeleweng dari perjuangan Islam yang sebenar, termasuk dari segi matlamat dan caranya.

Bai’ah dikatakan merupakan satu amalan yang dikatakan lebih berat dan ketat berbanding sumpah di dalam Islam. Sumpah haram, bai’ah pula dihalalkan?

Hadi berkata lagi, PAS punya undang-undang tubuh untuk mengawal ahli-ahlinya untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Saya tertanya-tanya, sejak bila Islam mewajibkan calon pemimpinnya berbai’ah untuk tidak menyeleweng? Tidak cukupkah dengan lafaz kalimah syahadah untuk memastikan keIslaman seorang individu untuk menjadi muslim?

Apabila bergelar Muslim, individu itu perlu mentaati segala ajaran Islam, hukum hakamnya, matlamat dan caranya, akhlak dan di dalam pelbagai segi aspek kehidupan sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma’ Ulama.

Justeru, umat Islam sudah dikawal lebih awal lagi apabila bergelar Muslim dan apakah perlu mereka berbai’ah lagi untuk menjadikan diri mereka seorang pemimpin?

Sabda Rasulullah SAW; “Kullukum Raa’in, Wa Kullukum Mas’uulun ‘An Ra’iyyatihi”.

Setiap muslim adalah pemimpin. Itulah yang disampaikan Rasulullah SAW melalui hadisnya. Dan menjadi tugas pemimpin untuk tidak menyeleweng dirinya dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

Tak perlu dinyatakan lagi bahawa siapa yang menyeleweng dari lafaz syahadah akan berakhir dengan kecelakaan di dunia atau akhirat sekiranya dia tidak bertaubat nasuha sebelum meninggal dunia.

Sebenarnya, “fatwa” yang cuba dibawa oleh Hadi tersebut tidak lebih dari ‘fatwa politik’ yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam, seolah-olah PAS sangat Islamik.

Saya ingin bertanya. Selama ini, ramai pemimpin PAS yang melakukan perkara yang bertentangan dan menyeleweng dari ajaran Islam. Mengapa PAS tidak memecat mereka dari parti itu?

Misalnya, Mat Sabu pernah secara konsisten menggelar Anwar Ibrahim sebagai “Al-Juburi”. Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang melarang umat Islam untuk menggelar individu yang lain dengan gelaran yang buruk.

Dalam konteks ini, “Al-Juburi” yang dimaksudkan oleh Mat Sabu itu bermaksud Anwar mengamalkan liwat dan gemar “lubang bontot”. Ia adalah gelaran yang buruk. Jelas perbuatan tersebut dilarang di dalam ajaran Islam yang sebenar.

Jadi, mengapa Mat Sabu tidak dikenakan tindakan disipilin oleh PAS? Mengapa tak pecat saja dia dari PAS? Sebenarnya, banyak lagi perkara yang dilakukan pemimpin dan ahli-ahlinya yang bertentangan dan menyeleweng dari Islam. Mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap mereka?

Sebaliknya, individu di dalam PAS yang memperjuangkan aqidah umat Islam, mempetahankan Melayu dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu pula yang dipecat? Begitukah polisi terkini PAS? Apakah amalan tersebut tidak bertentangan dengan perlembagaan PAS?

Justeru, Hadi perlu memecat dirinya sendiri dari PAS kerana gagal menyelami semangat perlembagaan PAS tersebut. Dia sebagai pemimpin tertinggi PAS, gagal memastikan anak-anak buahnya mengamalkan akhlak, prinsip dan cara Islam yang sebenar. Dia patut bertanggungjawab dengan meletak jawatan.

Tapi, apakah Hadi akan letak jawatan atas fakta tersebut? Tak mungkin. Hadi merupakan ahli politik yang mengejar kuasa. Demi matlamat tersebut, dia sendiri menghalalkan cara untuk memenuhi matlamat itu. Dia takkan mengaku salah punya…

Jadi, tunggulah janji Allah SWT terhadap golongan yang ingkar dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. PAS pasti tidak akan terlepas dan mungkin kerana itu Allah SWT tidak pernah memenangkan PAS di dalam Pilihanraya Umum di peringkat persekutuan.

Mungkin sekiranya PAS memerintah negara, bukan setakat Malaysia, Islam juga akan hancur diputar belitnya…Wallahua’alam.


PAS perlu tinggalkan Anwar

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Pas perlu segera meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu ternyata konsisten menyokong keselamatan negara Israel, sesuatu yang diharamkan Islam sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. berkata, sokongan kepada Israel bukan isu perbezaan pendapat tetapi ia isu akidah dan Pas tidak boleh lagi seiring dengan Anwar, apatah lagi mengiktirafnya sebagai Ketua Pembangkang.

Sambil melahirkan kekecewaan terhadap kenyataan rasmi Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkannya sebagai 'kenyataan selamat' beliau berkata, dalam isu Israel, Pas tidak boleh mendahulukan kepentingan politik berbanding tuntutan akidah.

"Allah telah menjelaskan dengan terperinci dalam surah al-Baqarah dan al-Ma'idah mengenai Israel, ini bukan isu perbezaan pendapat mahupun soal kemanusiaan, ini soal akidah bagi umat Islam dan menyokong sesuatu yang haram adalah perbuatan haram.

"Anwar bukan sahaja menyokong, malah beliau konsisten mempertahan sokongan tersebut di mana Pas berada dalam jemaah itu. Ini soal akidah, dalam bab ini Islam menuntut kita bermufarakah (meninggalkan) pemimpin yang menentang tuntutan akidah.

"Tindakan Pas sekadar menyatakan pendirian tidak cukup kerana mereka masih lagi bersama. Malah saya kecewa dengan 'kenyataan selamat' Pas yang dilihat lebih mementingkan undi berbanding akidah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa Pas tidak akan sesekali mengiktiraf Israel kerana ia perbuatan haram selepas Mursyidul Am itu mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi mendengar penjelasan mengenai sokongannya terhadap negara Yahudi.

Bagaimanapun, berbeza dengan nada keras sebelum ini yang memberi kata dua kepada Anwar, Nik Abdul Aziz memberitahu yang beliau memahami penjelasan ketua pembangkang dan terserah kepadanya untuk menerima pendirian Pas atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Hasan Basri berkata, jika dalam isu yang membabitkan akidah itu pun Pas gagal untuk mengambil langkah sebagaimana disarankan Islam, kerjasama parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kononnya demi memperjuang Islam hanya sia-sia.

"Kita kena kembali kepada al-Quran, jangan gadaikan akidah semata-mata demi kepentingan politik. Konsep kerjasama ini sepatutnya meletakkan Islam sebagai keutamaan tetapi jika dalam isu Israel pun Pas tidak boleh tangani, macam mana nak tegakkan Islam?

"Anwar jauh tersasar dan pemimpin sebegini tidak boleh dianggap imam kepada jemaah. Sebab itu, Islam menyarankan kita supaya bermufarakah pemimpin sebegini kerana jika terus bersama hanya kerana undi, kita terpalit sama," katanya.


Tuesday, 21 February 2012

Anwar Lebih Sesuai Debat Dengan Saiful



KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan pembangkang supaya beliau mengatur perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan tiada keperluan untuk itu.

Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja mewujudkan provokasi berdasarkan perbahasan yang diadakan sebelum ini bagi mempolitikkan usaha kerajaan dan kemudian membuat fitnah terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat, saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan,” katanya dalam satu temu bual yang disiarkan Umno-Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang memintanya mengatur perbahasan antara Perdana Menteri dengan Anwar.

“Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan. Pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan,” katanya.

Dalam temu bual itu, Tengku Adnan turut mengulas perbahasan antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lepas, yang menurutnya dibuat bagi membincangkan permasalahan dalam masyarakat Cina di negara ini.

Tengku Adnan berkata perbahasan antara Dr Chua dan Lim itu juga telah membolehkan orang ramai menilai sandiwara pembangkang yang gemar mempolitikkan isu tertentu dan menyimpang daripada landasan perbincangan. – BERNAMA


JATI dilancar secara rasmi


SHAH ALAM 21 Feb. - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang dilancarkan secara rasmi hari ini bagi memberikan tumpuan untuk memartabatkan kedudukan Islam, Melayu dan institusi raja (IMR) mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 1,000 orang telah menganggotainya setakat ini.

Penubuhan Jati yang digerakkan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali merupakan antara perkara utama yang pernah dijanjikan oleh beliau bagi memastikan agenda itu dapat terus diperjuangkan demi memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat.

Dalam majlis pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu, lebih 1,000 ahli Jati yang memenuhi dewan mendapat dukungan semangat apabila Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harusani Zakaria turut hadir.

Hasan yang juga Presiden Jati berkata, pertubuhan itu mempunyai tanggungjawab besar dan menjadi pelengkap kepada peranan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu.

"Kita (Jati) ada kekuatan untuk bersama-sama mencari penyelesaian masalah yang dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu dan Islam.

"Hari ini orang Melayu berhadapan dengan masalah agama, akidah, syariah dan moral selain keciciran serta ketirisan dalam pelbagai perkara,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Jati.

Hadir sama Timbalan Presiden Jati, Datuk Mohd. Aidit Ghazali Hasan; Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor serta Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.

Hasan menegaskan, Jati bukan sebuah pertubuhan yang bersifat perkauman sebaliknya ia dibuka kepada semua masyarakat pelbagai kaum untuk bersama-sama menyumbang idea dalam memajukan negara ini demi kepentingan generasi masa depan.

Malah katanya, Jati turut mewujudkan jawatan ahli kehormat kepada masyarakat bukan Melayu untuk menyertai pertubuhan itu sebagai ruang bagi menyumbangkan idea berguna.

Katanya, idea yang dikemukakan termasuk oleh bukan Islam akan diambil kira oleh Majlis Syura Jati yang dianggotai 12 orang melihatkan para ahli akademik dan profesional dalam pelbagai bidang.

Dalam pada itu, Hasan menegaskan Jati juga tidak mempunyai agenda tersembunyi yang hanya meletakkan kepentingan Melayu semata-mata dalam pergerakan pertubuhan itu.

"Jati memegang prinsip Islam yang menekankan keadilan sejagat. Islam melarang kita meminggirkan manusia kerana perbezaan agama, keturunan dan ideologi politik. Jadi tidak ada agenda tersembunyi," tegasnya.

Monday, 20 February 2012

KWSP harus dipuji


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pembayaran kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak enam peratus iaitu yang tertinggi sejak 10 tahun lepas membuktikan keupayaan pihak pengurusan entiti itu.

Menurut Penganalisis ekonomi, Mohd. Roslan Saludin, pencapaian itu boleh ditingkatkan pada masa akan datang sekiranya dikawal selia oleh kerajaan yang mengamalkan kawalan ekonomi dalam persekitaran kondusif, selain khidmat kepakaran yang ada.

"Jumlah peningkatan yang memberangsangkan memperlihatkan keupayaan KWSP mengimbangi suasana ekonomi pada masa ini dengan sasaran keuntungan yang diletakkan,'' kata beliau ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di sini, hari ini.

KWSP semalam mengumumkan pemberian kadar dividen sebanyak enam peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 dengan bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion selepas ditolak caj-caj lain.

Menurut Roslan, ketika pencarum gembira dengan kenaikan tersebut, perlu diingatkan juga bahawa Malaysia sememangnya negara bertuah kerana ekonomi tidak pernah terjejas dengan bencana alam seperti di negara-negara lain.

"Sehubungan itu, pencarum harus rasa bersyukur berada di bawah pemerintahan yang ada kini kerana berjaya mengawal iklim ekonomi negara dengan baik,'' katanya.

Sementara itu tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam yang turut menyambut baik pengumuman itu berkata, sememangnya kadar dividen tersebut antara yang terbaik berbanding catatan sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau meminta KWSP dapat menerangkan secara terperinci hasil yang didapati daripada kadar kenaikan supaya tiada pihak yang cuba menjadikan pengumuman itu sebagai isu tertentu.

Ramon juga meminta dilaksanakan proses jimat cermat dalam pemberian dividen supaya kadarnya tidak mudah jatuh dan sentiasa di paras sederhana dan terkawal.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...