Tuesday, 21 February 2012

JATI dilancar secara rasmi


SHAH ALAM 21 Feb. - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang dilancarkan secara rasmi hari ini bagi memberikan tumpuan untuk memartabatkan kedudukan Islam, Melayu dan institusi raja (IMR) mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 1,000 orang telah menganggotainya setakat ini.

Penubuhan Jati yang digerakkan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali merupakan antara perkara utama yang pernah dijanjikan oleh beliau bagi memastikan agenda itu dapat terus diperjuangkan demi memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat.

Dalam majlis pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu, lebih 1,000 ahli Jati yang memenuhi dewan mendapat dukungan semangat apabila Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harusani Zakaria turut hadir.

Hasan yang juga Presiden Jati berkata, pertubuhan itu mempunyai tanggungjawab besar dan menjadi pelengkap kepada peranan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu.

"Kita (Jati) ada kekuatan untuk bersama-sama mencari penyelesaian masalah yang dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu dan Islam.

"Hari ini orang Melayu berhadapan dengan masalah agama, akidah, syariah dan moral selain keciciran serta ketirisan dalam pelbagai perkara,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Jati.

Hadir sama Timbalan Presiden Jati, Datuk Mohd. Aidit Ghazali Hasan; Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor serta Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.

Hasan menegaskan, Jati bukan sebuah pertubuhan yang bersifat perkauman sebaliknya ia dibuka kepada semua masyarakat pelbagai kaum untuk bersama-sama menyumbang idea dalam memajukan negara ini demi kepentingan generasi masa depan.

Malah katanya, Jati turut mewujudkan jawatan ahli kehormat kepada masyarakat bukan Melayu untuk menyertai pertubuhan itu sebagai ruang bagi menyumbangkan idea berguna.

Katanya, idea yang dikemukakan termasuk oleh bukan Islam akan diambil kira oleh Majlis Syura Jati yang dianggotai 12 orang melihatkan para ahli akademik dan profesional dalam pelbagai bidang.

Dalam pada itu, Hasan menegaskan Jati juga tidak mempunyai agenda tersembunyi yang hanya meletakkan kepentingan Melayu semata-mata dalam pergerakan pertubuhan itu.

"Jati memegang prinsip Islam yang menekankan keadilan sejagat. Islam melarang kita meminggirkan manusia kerana perbezaan agama, keturunan dan ideologi politik. Jadi tidak ada agenda tersembunyi," tegasnya.

Monday, 20 February 2012

KWSP harus dipuji


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pembayaran kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak enam peratus iaitu yang tertinggi sejak 10 tahun lepas membuktikan keupayaan pihak pengurusan entiti itu.

Menurut Penganalisis ekonomi, Mohd. Roslan Saludin, pencapaian itu boleh ditingkatkan pada masa akan datang sekiranya dikawal selia oleh kerajaan yang mengamalkan kawalan ekonomi dalam persekitaran kondusif, selain khidmat kepakaran yang ada.

"Jumlah peningkatan yang memberangsangkan memperlihatkan keupayaan KWSP mengimbangi suasana ekonomi pada masa ini dengan sasaran keuntungan yang diletakkan,'' kata beliau ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di sini, hari ini.

KWSP semalam mengumumkan pemberian kadar dividen sebanyak enam peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 dengan bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion selepas ditolak caj-caj lain.

Menurut Roslan, ketika pencarum gembira dengan kenaikan tersebut, perlu diingatkan juga bahawa Malaysia sememangnya negara bertuah kerana ekonomi tidak pernah terjejas dengan bencana alam seperti di negara-negara lain.

"Sehubungan itu, pencarum harus rasa bersyukur berada di bawah pemerintahan yang ada kini kerana berjaya mengawal iklim ekonomi negara dengan baik,'' katanya.

Sementara itu tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam yang turut menyambut baik pengumuman itu berkata, sememangnya kadar dividen tersebut antara yang terbaik berbanding catatan sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau meminta KWSP dapat menerangkan secara terperinci hasil yang didapati daripada kadar kenaikan supaya tiada pihak yang cuba menjadikan pengumuman itu sebagai isu tertentu.

Ramon juga meminta dilaksanakan proses jimat cermat dalam pemberian dividen supaya kadarnya tidak mudah jatuh dan sentiasa di paras sederhana dan terkawal.




NKRA, GTP martabat profesion pendidikan


BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (GTP) Pendidikan 2010 berjaya memartabatkan profesion pendidikan negara dengan memperoleh ranking kelapan dunia seperti dilaporkan majalah Newsweek, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, antara kejayaan NKRA Pendidikan adalah melepasi sasaran 70 peratus kadar enrolmen murid prasekolah dengan mencapai 72.42 peratus di 315 prasekolah. Beliau berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan 1,500 prasekolah Kementerian Pelajaran (KPM) manakala sembilan prasekolah di rumah panjang di Sarawak serta pusat komuniti di Sabah yang beroperasi pertengahan Jun tahun lalu. “Pada masa sama, 24,179 murid belajar di sekolah swasta daripada keluarga berpendapatan RM2,300 ke bawah layak menerima bantuan yuran RM150 sebulan.

“Ini menggalakkan kanak-kanak berusia empat dan lima tahun di kawasan tiada prasekolah KPM, Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengikuti pendidikan di prasekolah swasta,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Abdul Ghafar berkata, tahun ini 715 prasekolah KPM dijangka memulakan operasi, selain 1,000 prasekolah KEMAS, JPNIN (50) dan prasekolah swasta (1,000).

Aspirasi NKRA pendidikan katanya, memberi penekanan kepada peningkatan pencapaian pelajar secara menyeluruh meliputi intelektual, emosi, rohani dan jasmani yang melonjakkan imej sistem pendidikan negara.
Beliau berkata, peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat penting dalam membangunkan modal insan cemerlang bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya hasrat menjadi negara membangun menjelang 2020 tercapai.

“Inspirasi NKRA turut memastikan pendidikan berkualiti dan berkemampuan dikecapi semua pihak bagi meningkatkan taraf hidup secara menyeluruh,” katanya.

Abdul Ghafar berkata, NKRA Pendidikan menetapkan dua fokus utama dijadikan asas kepada transformasi iaitu memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan asas berkualiti dan membangunkan budaya pencapaian untuk memacu transformasi dalam sistem pendidikan.

Sehubungan itu katanya, pendidikan prasekolah, penguasaan literasi dan numerasi pada Tahap Satu, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan memperkenalkan tawaran baru kepada Pengetua dan Guru Besar mampu meningkatkan kecemerlangan taksiran berasaskan pencapaian dijadikan sub bidang NKRA.

Beliau berkata, selain dua fokus berkenaan, empat sub bidang NKRA meliputi peningkatan kadar enrolmen kanak-kanak berusia empat dan lima tahun menyertai pendidikan prasekolah.

Pelaksanaan itu kata Abdul Ghafar, bagi memastikan setiap kanak-kanak normal menguasai asas literasi dan numerasi selepas mengikuti tiga tahun pendidikan rendah.

Usaha diteruskan dengan membangunkan SBT dan menyediakan tawaran baru kepada pengetua dan guru besar berdasarkan penilaian berasaskan pencapaian.

“Selain empat sub bidang NKRA ini, bidang utama lain juga dipertingkat bagi memastikan kelangsungan transformasi serta menghasilkan pencapaian seperti disasarkan.

“KPM sedang melaksanakan transformasi kurikulum bagi memastikan modal insan yang dihasilkan memenuhi permintaan dan keperluan negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.

“Transformasi kurikulum memberi penekanan kepada aspek penguasaan bahasa khususnya bahasa Malaysia dan Inggeris tanpa meminggirkan bahasa ibunda masing-masing,” katanya.

Abdul Ghafar berkata, daripada aspek Literasi dan Numerasi (LINUS) pula, pihaknya menyasarkan 90 peratus pada 2010.

Saringan ketiga pula katanya, menunjukkan prestasi murid meningkat 85 peratus berbanding 64 peratus pada saringan kedua, manakala kadar numerasi pula meningkat 91 peratus berbanding 73 peratus pada saringan kedua.

Katanya, biarpun sasaran murid menguasai literasi gagal mencapai sasaran, pencapaian setakat ini menjadi penanda aras menunjukkan sasaran pada 2012 mampu dicapai.

Mengulas sasaran SBT iaitu 20 pada 2010, Abdul Ghafar berkata, 20 sekolah diberi pengiktirafan sebagai SBT berdasarkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah pelajar.

Sejak memperoleh pengiktirafan itu, beliau berkata, banyak kejayaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dicatatkan.

Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan muncul naib juara kategori khas pada Pameran Kejuruteraan dan Sains Antarabangsa Intel (ISEF) di San Jose, Amerika Syarikat.

Beliau berkata, Sekolah Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru pula memenangi dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada Mathematics Olympiad.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pula kata Abdul Ghafar, memenangi pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa termasuk dua perak pada temasya renang Sukan Sekolah ASEAN Kedua.

Satu emas diperoleh sekolah itu dan perak pada Sukan Pelajar Asia Tenggara. Pasukan sekolah turut mendapat emas, dua perak dan satu gangsa pada temasya renang Terbuka Malaysia.

“Pelajar sekolah itu turut mewakili negara pada temasya renang Kejuaraan Renang Antarabangsa Jepun ke-51, Sukan Komanwel dan Sukan Asia,” katanya.

Abdul Ghafar berkata, selain pencapaian sekolah, guru besar yang layak menerima ganjaran perlu memenuhi kriteria seperti Laporan Nilaian Prestasi tahunan cemerlang, bebas sebarang tindakan tatatertib serta tiada audit bersyarat.

“KPM memperkenalkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah bagi membantu sekolah berprestasi rendah dalam Band Enam dan Tujuh.

“Biarpun ia bukan sub NKRA utama dalam NKRA Pendidikan tetapi berjaya dilaksanakan bagi memastikan sekolah terbabit dapat meningkatkan prestasi masing-masing,” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN

Thursday, 16 February 2012



Anwar Israel: Mahathir Tidak Pernah ‘Melindungi Keselamatan Israel’


 
KITA semua perlu faham satu perkara, apa pun yang dicanang balaci pembangkang mengenai Tun Mahathir kini dan ‘hubungannya’ dengan Israel, itu tidak sama sekali sama dengan komitmen Datuk Seri Anwar Israel (DSAI) untuk melindungi keselamatan Israel.

Penulis lihat sekarang banyak pihak dalam Pakatan cuba mengalihkan isu dari soal temubual Anwar dengan The Wall Street Journal (TWSJ) tempoh hari kepada perkara-perkara yang tidak berkaitan, antaranya menyerang Mahathir.

Isu ada banyak yang nak dijawab, tapi pembangkang dan macainya memilih untuk menyerang Mahathir pulak.

Bijak sangat ke tindakannya tu? Siapa yang nak bertanding dalam pilihanraya umum besok? Bukannya Mahathir. Yang nak jadi Perdana Menteri pun bukan Mahathir. Anwar attack Mahathir macam mana pun, tidak ada kesan kepada UMNO dan BN.

Apatah lagi bila dunia mengenal Mahathir sebagai orang yang anti penindasan Yahudi ke atas Palestin. Malah, Yayasan naungannya pernah mengetuai misi menghantar bantuan kemanusian ke Gaza yang menerima sekatan dari Israel.

Anwar pulak sebaliknya hanya hijack perhimpunan demo anti Israel di depan Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur pada 2010 dan kini nak melindungi keselamatan Israel pula. Apa jasanya pada Palestin? Yileekkk.

Itu yang penting.

Lagipun setakat ini, semua ‘bukti’ yang ditunjukkan kononnya nak membayangkan hubungan Mahathir dengan Israel itu adalah dalam bentuk air liur dan surat yang telah dibuktikan palsu 4 tahun lepas!!!

Sementara isu Anwar nak melindungi keselamatan Israel ini kekal tak berjawab melainkan jawapan standard (putar belit), tuduhan ke atas Mahathir ini pulak tidak kuat langsung untuk mengalihkan perhatian rakyat, apatah lagi memberi imej buruk kepada UMNO dan BN.

Tapi bila depa still galak mainkan isu berkenaan Mahathir dan Israel, penulis pun hairan.

Fikir punya fikir, rupanya masing-masing memang tidak ada jawapan, malah tak keterlaluan kalau penulis katakan, mereka bersetuju bahawa memang Anwar akan melindungi keselamatan Israel jika berjaya menjadi Perdana Menteri besok. Nak putar macam mana kalau ayat Anwar itu (walaupun sebaris), tepat mengatakan nak melindungi keselamatan Israel.

Anwar sekarang pun terpaksa bergantung kepada kenyataan-kenyataan dari anaknya sendiri untuk mempertahankannya. Yang lain, terutama PAS, sudah tidak boleh diharap. PAS, jangan kata nak defend, kutuk lagi ada.

“Betul punya sial PAS tu”, kata Anwar dalam hati.

Penulis nak ingatkan sekali lagi, temubual Anwar itu langsung tidak menyebut Inisiatif Arab atau konsep Penyelesaian Dua Negara, dia saja yang mengaitkan perkataan ‘melindungi keselamatan Israel’ itu dengan 2 perkara tersebut.

Lagipun, tidak mungkin ada satu perjanjian yang hanya melindungi keselamatan satu pihak sahaja dan mengaibaikan keselamatan pihak yang satu lagi. Apatah lagi pihak yang dijamin keselamatan oleh Anwar ini ialah pihak yang terkuat, bukan diantara 2 negara itu sahaja malah salah satu dalam dunia!!

Tapi Anwar tetap memilih untuk ‘menjamin keselamatan Israel’.

Tolaklah Anwar, tolaklah Pakatan Rakyat kerana Malaysia dibawah pentadbiran Anwar akan menggunakan sumber dalam negara ini untuk melindungi negara yahudi penindas macam Israel itulah.

p/s: Khabarnya Karpal pulak sibuk nak melindungi Palestin selepas Anwar beria-ia nak melindungi keselamatan Israel, bukti gambar dibawah


Sumber : http://www.mykmu.net/?p=16444

Wednesday, 15 February 2012

Anwar Gadai Akidah!!!


Lima hari yang lepas Mufti Perak telah menegur PM kerana menghadiri sambutan hari Thaipusam di Batu Caves.

Jika kita lihat dengan mata kasar nampak ianya tidak ada sebarang kesalahan kerana Datuk Najib bukannya masuk ke dalam kuil atau melakukan upacara-upacara keagamaan hindu. Beliau hanya hadir di persekitaran kuil untuk mengambil kesempatan bertemu dengan orang-orang india yang berkumpul di sana pada hari itu.

Oleh kerana orang yang pakar dalam hal ehwal agama islam seperti Mufti Perak kata tak boleh , maka kita kena hormat nasihat beliau. Beliau lebih tahu dari kita, sebab itu beliau dilantik sebagai Mufti.

Telah lima hari Tan Sri Mufti Perak menegur PM, sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin atau ahli-ahli Umno yang bangkit melawan atau mempertikaikan nasihat Mufti. Inilah kelebihan Umno, mereka terbuka menerima teguran atau kritikan. Sebab itu Umno boleh bertahan lama walaupun telah menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan dugaan.

Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa banyak fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulaRmak-ulaRmak Pas mempertikaikan Mufti Perak.

Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa bakul sumpah seranah, makian dan cacian yang diterima oleh Tan Sri Harussani. Haramsani, haram jadah, ulama duit dan macam-macam perkataan lagi semuanya akan keluar . Sejarah telah membuktikan perkara itu pernah berlaku.

Tetapi apabila Mufti Perak menegur PM, gelagat mereka seperti burung merpati ditabur beras. Zurrrrppppppp…….sepantas kilat , sahut menyahut mereka memuji Mufti yang puak-puak mereka gelarkan haraMsani dan haram jadah.

Ketua Penerangan Pemuda Pas – Sumber berita : harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Pusat mahu lebih ramai para ulama, mufti dan golongan agamawan tampil menyatakan pandangan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam minggu lalu.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohamad Nor berkata, golongan itu perlu berani untuk menyatakan kebenaran seperti yang ditunjukkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membantah tindakan Najib itu dan menyifatkannya sebagai ‘menggadai akidah’.

“Pemuda PAS melihat keberanian inilah yang perlu ditunjukkan oleh para Mufti di negara ini apabil melihat kemungkaran berlaku di depan mata tanpa mengira siapa pun pelakunya.

Ketua Pemuda Pas – Sumber berita : harakahdaily

“Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri,” tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Beliau menyatakan ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayakan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Beliau menyokong tindakan itu dan berharap lebih ramai agamawan tampil menyatakan pendirian.

Naib Presiden Pas – Sumber berita : harakahdaily

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyifatkan Datuk Seri Najib Razak “menggadai akidah” kerana hadir dalam upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.

Beliau berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti Perak pula.

Haramsani atau haram jadah atau ulama makan duit semuanya sudah hilang. Semuanya dah bertukar menjadi Tan Sri Harussani, seorang Mufti yang tegas dan berani menyatakan kebenaran.

Mengulas tindakan Datuk Najib itu Mahfuz Omar juga berkata,

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini… sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya… sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu .

Sekarang saya nak tunjukkan kepada rakan-rakan semua beberapa gambar yang saya janjikan sebelum ini. Gambar-gambar tersebut dikirimkan oleh seorang pembaca kepada saya.

Adakah Tan Sri Harussani akan kembali dipanggil haraMsani atau haram jadah sekiranya beliau mengulas atau menasihati orang yang dalam gambar seperti dibawah.

Kita juga sama-sama tunggu apakah Mahfuz Omar akan komen seperti dibawah ?

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini… sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Anwar wakilkan pemimpin beragama Hindu untuk menggantikan dirinya… sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,”

Tuan Guru Nik Aziz atau ulama-ulama Pas sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir dalam perayaan itu .

Apakah apa yang dilakukan oleh Anwar diatas tidak menggadai akidah ?

Gambar ditas dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.

Sekarang mari kita tunggu komen dari Mahfuz Omar dan pemuda-pemuda Pas.

Sumber : RBF Online

Hadi Tempelak Anwar,PR Bakal Berpecah



Keretakan dalam Pakatan Rakyat semakin terserlah dengan kenyataan terbaru Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu menolak pendapat Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan negara haram Israel.

Abdul Hadi yang dianggap sebagai Tok Guru dikalangan ahli Pas mengatakan hukum sebagai haram untuk mengiktiraf sebuah negara yang haram.

Kenyataan beliau sekali gus menyukarkan kepimpinan Anwar ang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Dalam satu temuramah dengan akhbar Wall Street Journal lebih dua minggu lalu, Anwar secara terang menyokong segala usaha untuk memastikan keselamatan Israel sekaligus kewujudannya.

Israel diwujudkan pada 1948 melalui Perjanjian Balfour yang memperlihatkan rampasan bumi Palestin dan tragedi paling besar ke atas penduduk Islam.

Implikasi bangkangan Pas terhadap kenyataan Anwar tidak boleh dipandang enteng.

Setelah kehilangan jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam di Selangor kepada PKR, Pas dituduh takut kepada PKR lantas di tuduh telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Kini parti itu yang sedang bergelut dengan krisis keyakinan terhadap perjuangan parti itu terpaksa menunjukan taringnya dengan menghentam pendirian Ketua Umum PKR itu.

Walaupun agak lewat untuk Abdul Hadi memberi respons balas berkaitan sikap berlembut Anwar terhadap negara Zionis-Yahudi itu namun ia sudah cukup melebarkan jurang perbezaan pendapat antara PKR, Pas dan DAP.

Perbezaan hakiki yang terpaksa diselindungi oleh Dasar Pendirian Bersama yang ditandatangani antara Anwar, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi ialah isu ideologi.

Pas berkeras dengan agenda Negara Islam dan DAP dengan konsep Malaysian Malaysia manakala PKR pula berpegang kepada fahaman pluralisme agama.

Dalam pergelutan ideoplogi akhirnya Pas tewas kepada PKR dan DAP dan terpaksa menjinakkan slogan Negara Islam kepada hanya Negara Berkebajikan.

Dengan hilangnya agenda untuk menegakkan negara Islam, Pas terumbang ambing seolah-olah kapal yang patah kemudi.

Sanggahan Abdul Hadi terhadap kenyataan Anwar mungkin untuk meredakan kemarahan ahli-ahli Pas peringkat akar umbi yang melihat parti itu seperti lembu yang dicucuk hidung, terpaksa tunduk kepada kehendak PKR dan DAP.

Perbezaan pendapat antara dua pemimpin politik Melayu dalam Pakatan Rakyast sebenarnya mencerminkan masalah dalaman yang lebih serius.

Paling menonjol ialah penerimaan kepimpinan Anwar sendiri sebagai Ketua Umum PKR merangkap pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Pendakwaan jenayyah liwat sebanyak dua kali pada 1998 dan sepuluh tahun kemudian banyak mencalarkan imej Islam yang di bawa oleh Anwar.

Dengan jaringan antarabangsa di kalangan tokoh-tokoh dunia Islam, Anwar berjaya meletakkan persona sebagai tokoh dunia Islam yang popular.

Namun kecacatan akhlak dan peribadi yang jijik telah menjatuhkan tahap keyakinan beliau sebagai pemimpin yang bersih dari segi moral apatah lagi apabila agama dipertaruhkan sebagai sandaran.

Tambahan pula tindakan PKR merampas jawatan Exco Agama kepunyaan Pas di Selangor menyemarakkan lagi kemarahan
akar umbi parti itu.

Besar kemungkinan Pas akan terpaksa mempertimbangan semula hubunganya dengan PKR dan DAP sebagai rakankongsi dalam
Pakatan Rakyat.

Umpama menghuni sebuah rumah, apa gunanya kalau dianggap sebagai rakankongsi yang setaraf tetapi duduknya di penjuru dapur!

MyNewsHub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...