Wednesday 2 January 2013

Nasib Melayu Pulau Pinang.!

 



Pembangunan untuk membantu orang melayu Pulau Pinang khususnya menyediakan rumah mampu milik semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (yang diterajui parti Gerakan) terdahulu berjalan dengan cara perlahan, masih terdengar suara-suara ketidakpuasan hati terhadap kelancaran program perumahan rumah mampu milik pada ketika itu.
2. Keadaan bertambah teruk apabila kerajaan pakatan rakyat (yang diterajui oleh DAP) mengambil alih teraju kepimpinan negeri Pulau Pinang. Program untuk membina rumah mampu milik khususnya untuk orang Melayu sudah dipinggirkan oleh kerajaan DAP dibawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng. Kesannya amat ketara setelah kerajaan DAP menguasai Pulau Pinang selama 4 tahun dimana ribuan orang Melayu terpaksa berhijrah ke tanah besar untuk meneruskan kehidupan kerana tiada suatu pun usaha meningkatkan tahap kehidupan orang Melayu dan termasuk juga sebahagiannya kaum India.
3. Projek membina rumah mampu milik bagi rakyat berpendapatan rendah yang rata-ratanya orang Melayu dan India tiada termasuk dalam program pelaksanaan, apa yang terbina hanyalah rumah-rumah kediaman yang berharga tinggi (melebihi RM500/= sebuah dan ke atas) yang hanya mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan tinggi, berada atau kaya yang umum sedia maklum majoritinya adalah kaum China. Segala janji dalam pilihanraya umum ke 12 pakatan rakyat dengan megah dan bangganya berjanji akan mengamal dan mengaplikasi sifat kepimpinan yang telus, adil dan saksama untuk semua. Setelah menang dan dapat menguasai Pulau Pinang, DAP dalam pakatan rakyat langsung tiada ambil kira segala janji-janji yang telah ditaburkan. Rakyat sudah tertipu dan terpedaya dengan segala janji yang dikatakan lebih indah dan murni dari kerajaan Barisan Nasional.
4. Rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu, India dan sebahagian kaum China yang masih yakin pada kerajaan Barisan Nasional seharusnya membuat penilaian yang kritis terhadap pakatan rakyat (DAP, PKR & Pas), dan tidak seterusnya tertipu dan terpedaya dengan beribu janji manis bulan dan bintang seperti yang sering diungkapkan oleh penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan ketua pembangkang. Membuat janji manis amat mudah, menunaikan janji itu soal kedua, yang lebih penting rakyat terus diperdaya untuk terus terperangkap dalam strategi politik pembangkang, khusunya Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri.
Sama-samalah kita renung dan fikirkan supaya kita tidak terjebak dengan tipu daya politik parti pembangkang.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...