Wednesday 2 January 2013

Tarik Balik Saja Amanat… Hadi Tak Perlu Buang Masa Tegak Benang Basah

 


KUALA LUMPUR 2 Jan – Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewajarnya tidak meletakkan sebarang syarat berhubung amanat beliau sebaliknya sekadar cukup menarik balik amanat berkenaan yang dikhiatiri boleh mencetuskan polemik berterusan.
 
Pendakwah Bebas, Ustaz Jamil Long berkata dengan segala penjelasan dan pelbagai dakwaan khususnya di kalangan bekas penyokong serta ahli parti itu sendiri berkenaan amanat tersebut, sepatutnya Hadi dengan segera menarik balik amanatnya itu.

Menurut beliau apakah penjelasan yang mahu diberikan oleh Presiden Pas itu sedangkan hari ini rata-rata rakyat khususnya kalangan umat Islam dapat mengetahui kesannya kepada ahli keluarga dan sebagainya lagi.

“Malah saya pun difahamkan perkara itu bukankah ianya telah mendapat perhatian daripada tokoh agama dan mufti. Kenapa tidak mahu tarik balik sahaja amanat berkenaan. Bukannya susah pun….Benda sekejap sahaja.

“Kenapa perlu letak syarat untuk keluar televisyen dan sebagainya. Ikhlaskan beliau dalam menyatakan perkara yang sebenarnya. Bagi saya keputusan dan langkah terbaik adalah menarik balik amanat berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Ustaz Jamil seterusnya mempersoalkan motif Hadi meletakkan syarat untuk memberikan penjelasan di televisyen.

“Apa lagi penjelasan yang beliau hendak berikan….Bukankah dah ramai kalangan bekas penyokong mereka telah menceritakan satu persatu kesannya kepada umum. Begitu dengan apa yang diperkatakan oleh C.N Al-Afghani…

“Masih tidak cukupkah dengan apa yang keluar dan terpampang hari ini. Sebab itu sekali lagi saya hendak tekankan Hadi hanya perlu tarik balik amanat itu. Jika tidak dilakukan, ianya tidak akan ada kesudahan,” katanya.

Sumber : Media UMNO




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...