Prof. Madya Dr. Zainab Ismail, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM menyifatkan mereka yang membuat dakwaan jika menyokong mana-mana pihak boleh masuk ke syurga adalah suatu kejahilan dan membawa kepada kesesatan.
“Syurga adalah balasan Allah kepada manusia yang mengikut dan mematuhi segala perintah dan meninggalkan apa yang dilarang, ia bukannya menjadi hak atau kuasa kepada manusia untuk menentukan ia sama ada memasuki syurga atau sebaliknya.
“Siapalah kita untuk menentukan itu semua, sedangkan diri kita sendiri tidak kita ketahui dimanakah akan kita ditempatkan di hari akhirat nanti, jangan kerana sesuatu perkara kita sanggup mengiyakan hanya untuk dapatkan sokongan,” katanya.
Dr Zainab berkata, hanya Allah sahaja yang tahu segala-galanya termasuk apa yang berlaku di atas dunia ini termasuk membabitkan soal mati dan kehidupan setiap manusia.
“Kita sendiri tidak tahu mengenai nasib kita bagaimana kita boleh menentukan nasib seseorang, apakah kita ingin menyamai dengan agama lain yang boleh menyucikan diri dengan hanya bertemu dengan ketua agama mereka.
“Dalam al-Quran juga sudah dinyatakan bahawa setiap manusia akan dihisab, mereka akan ditentukan berdasarkan kepada amalannya di dunia dan Allah maha mengetahui pada setiap perbuatan hambanya,” katanya.
Beliau mengingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan apa jua perkara yang menjanjikan sesuatu diluar kemampuan manusia.
Sumber : MediaUMNO
No comments:
Post a Comment