Sunday, 29 September 2013

Program Kerajaan BN Bantu Turunkan Kadar Kemiskinan Di Kelantan – Shahidan

 
 
KUALA LUMPUR, 26 Sept – Program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membantu menurunkan kadar kemiskinan di Kelantan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
 
Beliau berkata kadar kemiskinan di Kelantan sebanyak 17.8 peratus pada 2002 telah menurun kepada 2.7 peratus pada tahun lepas.
 
Penurunan ketara kadar kemiskinan di negeri itu adalah hasil program-program pembasmian kemiskinan yang dijalankan kerajaan BN, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS-Kuala Terengganu) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengukur keberkesanan belanjawan tahunan setiap tahun untuk menaikkan taraf hidup serta menghapuskan kemiskinan di negeri-negeri tertentu di negara ini.
 
Shahidan berkata selain itu kadar kemiskinan di lima negeri lagi Berjaya dikurangkan pada tahap yang boleh dianggap luar biasa iaitu Melaka 1.8 peratus (2002) kepada 0.1 peratus (2012), Pahang 9.4 peratus (2002) kepada 1.3 peratus (2012), Sarawak 11.3 peratus (2002) kepada 2.4 peratus (2012), Terengganu 14.9 peratus (2002) kepada 1.7 peratus (2012) dan Perlis 8.9 peratus (2002) kepada 1.5 peratus (2012).
 
Shahidan berkata mulai tahun 2008, kerajaan menggunakan sistem E-kasih sebagai satu daripada mekanisme untuk mengukur dan memantau keberkesanan pembasmian kemiskinan di negara ini.
 
Melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM), penyiasatan pendapatan isi rumah dibuat setiap 30 bulan bagi mengumpul maklumat taburan pendapatan isi rumah berdasarkan sosioekonomi untuk pengemaskinian garis pendapatan kemiskinan semasa, katanya.
 
“Sistem e-kasih diguna bagi mengintergtrasikan data garis kemiskinan tanpa mengira kaum dan strata dan dikategorikan dengan empat kategori kemiskinan iaitu Miskin Tegar, Miskin, Mudah Miskin dan Terkeluar.
 
“Berdasarkan ini, rancangan program pembasmian kemiskinan dan bajet akan disediakan kepada kementerian dan agensi yang melaksanakan program-program ini,” katanya.
 
Shahidan berkata program pembasmian kemiskinan (e-kasih) di negara ini merupakan antara program terbaik di dunia dengan pencapaian luar biasa.
 
 
Sumber : MediaUMNO


Tuesday, 24 September 2013

Detik 31 Ogos 1957 MERDEKA MERDEKA MERDEKA

Menyemai dan memperjelaskan erti kemerdekaan kepada generasi baharu  adalah tanggungjawab semua agar perpaduan dan kemerdekaan bangsa dan negara Malaysia dapat dikekalkan.

Bangga Sebagai Rakyat Malaysia Yang Aman

Malaysia Akan Perbetulkan Persepsi Masyarakat Terhadap Rasuah – PM



KUALA LUMPUR, 7 Dis –  Malaysia akan terus memerangi rasuah dan memperbaiki kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri dalam mesej terbaharu Tweeternya malam Khamis berkata: “Malaysia meningkat enam tempat lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah, menjadikan kita tempat ketiga dalam kalangan negara Asean. Kedudukan yang akan sentiasa kita perbaiki.”

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Transparency International mengenai kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam CPI tahun ini iaitu kedudukan ke-54 berbanding ke-60 tahun lalu.

Malaysia meraih 49 daripada 100 mata dalam kajian yang mengukur tahap rasuah dalam sektor awam daripada 176 negara.

Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara Asean, iaitu di belakang Singapura (kelima dunia) dan Brunei di tempat ke-46 dunia.

Sumber : MediaUMNO


Jakim Lantik 222 Pegawai Sebagai Anggota Penguatkuasa Sijil Halal

 

KUALA LUMPUR, 24 Sept - Bahagian penguatkuasaan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diperkukuh dengan pelantikan 222 penolong pegawai perihal dagangan untuk meningkatkan kredibiliti Jakim menguruskan persijilan halal di negara ini.

“Proses ini (penambahan anggota) akan berlaku dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan setiap negeri dalam melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sijil halal,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasaan Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013 dan menyampaikan kad kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada 160 pegawai agama Islam kepada wakil Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/ Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di sini Selasa.

Jamil Khir berkata dengan kad kuasa itu, pegawai Jakim dan JAIN/MAIN mempunyai kuasa yang sama dengan pegawai penguatkuasa KPDNKK dari aspek pensijilan halal setelah mengikuti kursus dikendalikan bahagian penguatkuasa kementerian itu.

Kad kuasa itu membolehkan penolong pegawai perihal dagangan dari Jakim dan JAIN/MAIN mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar kesalahan sijil halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Sumber : MediaUMNO


Tuesday, 10 September 2013


Tonton Anwar Meremehkan Kalimah ALLAH, Menyamaratakan Agama Islam Sama Sahaja Dengan
 Agama-agama Lain. (Pluralisme Agama, Ideologi Barat) Masyaallah.

http://youtu.be/Y7WrlK_knf0



Sumber : MediaUMNO

Najib Doa Jemaah Haji Msia Sentiasa Selamat Di Tanah Suci

 
 
 
KUALA LUMPUR, 10 Sept – Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan agar jemaah haji Malaysia sentiasa selamat sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

 
Perdana Menteri turut menyeru agar jemaah haji Malaysia sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi serta menjaga nama baik negara.


“Saya doakan agar jemaah haji Malaysia sentiasa selamat di Tanah Suci. Patuhi peraturan di sana dan jagalah nama baik negara,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

 
Sebanyak 22,320 jemaah haji dari Malaysia akan tiba secara berperingkat untuk mengerjakan ibadah haji musim ini dan jumlah itu berkurangan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi kepada seluruh negara di dunia.


Rombongan pertama 450 jemaah haji dari Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed Abdul Aziz, Madinah pada Sabtu.


Sumber : MediaUMNO




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...