Thursday, 5 September 2013

Lirik Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia




Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
 
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
 
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

JOM TONTON TANDA PUTERA

 
 

Wednesday, 4 September 2013

JAGALAH HATI IBU BAPA

Hormatilah ibu bapa
Meskipun bukan itu pintanya
Sayangilah mereka  berdua
Seperti mana mereka menyayangi kita
Tanpa mereka,tiadalah kita
 
Ibu bapa tempat bermanja
Tiada terbalas budi dan jasa
Kasih ibu membawa kesyurga
Kasihmu ayah berkorban jiwa
 
Ayah,ibu...
Biar sebesar gunung
Tidak mungkin sama
pengorbananmu
Biar seluas lautan,
tidak setanding kasihmu
 
Percayalah,
tidak akanku sia2 kan segala
harapanmu padaku...
Tidak akanku sakiti hatimu
Menjaga hatimu, adalah kewajipanku
Luka hatimu berdosalah aku
Keampunan,dan redhamu
Adalah harapanku sahaja

Petronas buat penjelasan mengenai tanggapan salah Malaysia mampu keluar petroleum lebih murah



 
KUALA LUMPUR - Petronas hari ini menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih murah seperti gasoline dan diesel jika ia mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah.
 
Bagaimanapun, perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal.
 
Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikan jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.
 
Petronas, dalam satu kenyataan malam ini mengulas mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang telah menimbulkan kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat.
 
Sebilangan rakyat berpendapat, rakyat sepatutnya menikmati produk petroleum, terutama gasolin dan diesel, pada harga minimum selari dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak, katanya.
 
Ini bertentangan dengan negara seperti Arab Saudi dan negara Timur Tengah yang menghasilkan minyak mentah murah dalam kuantiti yang besar.
 
Minyak Tapis blend mencatat premium tinggi berbanding minyak biasa pada harga premium AS$122.96 setong pada 30 Ogos, 2013, berbanding minyak mentah yang biasa dijual iaitu minyak Brent blend pada AS$115.38 pada hari yang sama.
 
Petronas berkata, harga runcit semasa produk petroleum di pam di Malaysia tidak menggambarkan kos sebenar pengeluaran komoditi itu memandangkan ia tidak menunjukkan perubahan kos minyak mentah.
 
Ini disebabkan perbezaan dan impak perubahan minyak mentah sudah diserap oleh subsidi besar kerajaan.
 
Harga minyak mentah kini semakin meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan keselamatan di Timur tengah seperti Mesir dan Syria.
 
"Bagaimanapun, harga runcit gasoline dan diesel di Malaysia tidak berubah kerana di subsidi oleh kerajaan.
 
"Subsidi besar merupakan perbelanjaan yang tidak berkekalan dalam jangka panjang, selain itu ia menyebabkan penggunaan tenaga tidak berhemat dan tidak cekap," kata Petronas.

Sumber : Kosmo



"Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191






 
 
 
 
 
 
 
 
 


"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh pul...uh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

"..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12

"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)."
An Nur 24:24

"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu"

"Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32
 

PERBEZAAN PAS DENGAN UMNO




Tuesday, 3 September 2013

Kelab UMNO Luar Negara Bantu Proses Pemindahan Pelajar Malaysia Di Mesir

 
 
PUTRAJAYA, 21 Ogos  - Kelab UMNO Luar Negara (KULN) telah menubuhkan pasukan penyelamat untuk menyediakan kemudahan logistik bagi membantu proses pemindahan pelajar Malaysia keluar dari Mesir yang sedang bergolak.

Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata KULN yang mempunyai cawangan di lima bandar utama di Mesir iaitu Tanta, Damanhur, Mansurah, Kaherah dan Iskandariah akan menyediakan pengangkutan untuk membawa pelajar dari kediaman ke lapangan terbang sebelum diterbangkan ke tanah air.
 
“Selain kemudahan logistik, rescue team juga akan menyediakan keperluan-keperluan lain untuk memastikan proses membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir berjalan dengan lancar,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata usaha KULN itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membawa pulang kira-kira 3,300 pelajar Malaysia di Mesir selepas kerajaan mendapati pergolakan di Negara itu semakin teruk.
 
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata urusan membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dengan menggunakan pesawat komersil berikutan laporan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang berada di Mesir mendapati keadaan di sana menjurus pada keadaan yang tidak menentu.

Najib berkata kerajaan akan memulakan operasi untuk membawa balik pelajar kita yang ingin kembali secara sukarela dan urusan penempahan tiket akan dilakukan bermula semalam dan penerbangan akan melalui Amman (Jordan) dan Istanbul (Turki) serta beberapa tempat lain.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Badan Perhubungan Negara Mesir, Habib Bakri Mamat berkata Kiosk Informasi KULN Ops Pyramid II akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

“Kiosk itu bertujuan untuk membantu ibu bapa mendapatkan maklumat penerbangan pelajar-pelajar dan perkembangan semasa di Mesir,” katanya.

Kiosk akan bertempat di kawasan balai ketibaan (Pintu 7 dan Pintu 8) KLIA dan LCCT.

Sumber : MediaUMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...