Thursday, 23 January 2014

Nasihat Percuma Untuk Mahfuz.. Selesaikan Dulu Masalah Dalam Kain Sendiri

 
 
KUALA LUMPUR, 23 Jan – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr  Salleh Said Keruak meminta Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar agar tidak masuk campur dalam urusan anggota parti Barisan Nasional (BN) dan beliau sepatutnya menumpukan perhatian bagi menyelesaikan masalah dalaman Pakatan Pembangkang itu sendiri.

Menurut beliau,  sebelum mencampuri urusan BN, Mahfuz sepatutnya lebih fokus kepada menyelesaikan masalah dalaman pakatan pembangkang di mana ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang juga kini dilanda masalah yang tidak putus-putus.

mahfuz-pas-harakah-ahli-parlimen-undi-tak-percaya-laga-najib-bn
“Saya nasihatkan agar Mahfuz tak payah masuk campur dalam urusan BN dengan melontarkan cadangan yang tidak rasional seperti itu. Lebih baik beliau tumpukan tenaga dan usaha untuk memperbetulkan masalah dalaman pakatan yang melibatkan partinya sendiri, DAP dan PKR.

“Seperti yang kita sedia maklum, masalah dalaman antara ketiga-tiga parti yang bergabung di dalam pakatan juga masih belum selesai. Kita lihat bagaimana masalah PKR yang mana kepimpinannya tidak lagi dipercayai oleh ahli dan kepimpinan parti mereka sendiri, menyebabkan ramai pemimpin sudah mula keluar dari parti tersebut.

“Begitu juga dengan DAP yang menghadapi krisis hilang kepercayaan di kalangan kepimpinan dan ahli mereka sendiri khususnya berhubung dengan pemilihan CEC dan  PAS pula hari ini, dilihat semakin lama semakin lemah dan sudah tersasar jauh daripada perjuangan asal mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar yang meminta agar ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) bersama ahli parlimen pembangkang melakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Tambah Dr Salleh yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) Sabah, cadangan yang dilontarkan oleh Mahfuz itu cukup untuk memperlihatkan bahawa kepimpinan pakatan pembangkang hari ini lebih sibuk untuk mencari salah dan silap BN daripada mahu memperbaiki kelemahan dan kesilapan parti mereka sendiri.

“Kita tahu hari ini begitu banyak masalah yang melanda Pakatan Pembangkang, terutamanya yang melibatkan perhubungan antara ketiga-tiga parti yang dilihat kini bertembung dengan prinsip dan ideologi parti masing-masing.

“Sepatutnya kepimpinan pakatan pembangkang seperti beliau perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka yang kini semakin ketara dan tidak payah sibuk untuk masuk campur urusan parti orang lain.

“Tetapi inilah sikap pembangkang di negara ini.Mereka tidak pernah melihat kelemahan  dan tidak mahu pula memperbaiki kesilapan mereka. Apa yang mereka tahu hanya untuk mencari cacat cela BN, seolah-olah pakatan mereka itu sempurna dan tidak bermasalah.

“Sedangkan kemelut masalah dalaman antara parti pembangkang sejak bermulanya gabungan mereka sehingga ke hari ini belum selesai, malah dilihat semakin kritikal sehingga menyebabkan ramai penyokong dan ahli mereka sendiri sudah hilang kepercayaan kepimpinan pakatan,” tegasnya.

Sumber-MediaUMNO



Wednesday, 22 January 2014




#AnwarKenaHalau : Pelajar Malaysia Di Jepun Terasa Diancam Akibat Perbuatan Pijak Bendera




Di media sosial hari ini, ramai pelajar Malaysia di Jepun terutamanya yang berbangsa Melayu terasa seperti diancam oleh rakan-rakan mereka yang merupakan rakyat Jepun. Ini berikutan tindakan Ketua Angkatan Pemuda Keadilan, Shamsul Iskandar bertindak untuk pijak dan bakar bendera negara tersebut. Pelajar-pelajar tersebut ditanya dengan pelbagai soalan tentang moral dan etika orang di Malaysia. Sehinggakan mereka ini dihina dan dicerca kerana datang daripada negara yang mempunyai mentaliti rendah. Pihak KLXpress telah menghubungi kenalan yang kebetulan belajar di Kyoto University di Kyoto, jepun.
 
“Saya tidak sangka kawan saya sendiri, seorang rakyat Jepun sanggup menggelarkan Malaysia sebagai negara Orang Utan,” ujar  kenalan tersebut yang mahukan namanya dirahsiakan.
 
Ada juga yang berjenaka dengan pelajar tersebut dengan mencetak poster -poster ‘Larangan Berdemonstrasi Sekiranya Gagal Faham Soalan Ujian.”
 
Nampaknya, tindakan Pemuda AMK telah sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan pelajar kita di negara Jepun. Rakyat Jepun seharusnya mengetahui bahawa bukanlah majoriti penduduk Malaysia yang melakukan aktiviti tidak cerdik seperti itu. Ramai lagi yang rasional, tidak berprasangka jahat dan tidak akan melatah dengan sesuatu perkara. Anwar Ibrahim seharusnya meminta maaf kepada Kerajaan Jepun dan penduduknya kerana tindakan bodoh anak buahnya itu yang juga merupakan seorang Ahli Parlimen.
 
“Ucapkanlah maaf tersebut demi menjaga hubungan baik dengan negara Jepun dan keselamatan rakyat kita, pelajar kita di Jepun. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri.” pesanan terakhir kenalan pihak KLXpress sebelum menamatkan perbualan.
 

Lahad Datu : Tian Chua KESAL Tuduh Konspirasi UMNO




Tuesday, 21 January 2014

Tindakan Tegas Perlu Diambil Terhadap Pihak Persenda Titah Agong


 

PUTRAJAYA, 21 Jan – Tindakan tegas harus diambil terhadap pihak yang mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengenai hak eksklusif penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama Islam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tindakan mengeluarkan kenyataan provokasi dan mempersenda titah Seri Paduka ialah perbuatan yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

najib-angkat-sumpah-pm-agong-istana-pru13

“Kita tahu dalam Perlembagaan, Islam merupakan agama Persekutuan dan Seri Paduka berhak  mengeluarkan pandangan dan titah berlunaskan perundangan sedia ada,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Anggota Lembaga Pemegang Amanah Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) di sini, hari ini.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata tindakan provokasi demi kepentingan politik itu perlu dihentikan segera.

“Jangan anggap perkara ini ringan kerana Yang di-Pertuan Agong ialah satu institusi berdaulat bagi orang Melayu, apa lagi bila Seri Paduka mengeluarkan titah mengenai agama Islam. Maka, hal ini jangan diperkecilkan oleh mana-mana pihak,”katanya.

 Sumber : UMNOonline

Monday, 20 January 2014

Boikot, Tangkap Mereka Yang Menaikkan Harga Yang Tidak Berkadaran





KUALA LUMPUR 21 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memboikot peniaga yang menaikkan harga yang tidak berkadaran.

Serentak itu juga beliau yang juga Pengerusi Biro Penerangan dan Publisiti BN menggesa agar kerajaan menangkap peniaga yang menaikkan harga terlalu tinggi kerana melanggar Akta yang diluluskan di Parlimen tentang anti pencatutan.

“Kita memandang berat tentang kos sara hidup khususnya mereka yang menaikkan harga yang tidak berkadaran. Boikot pekedai, restoran dan pasar yang menaikkan harga keterlaluan.

“Dan kita juga berharap jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menangani segera perkara ini,” katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyurat Biro Penerangan UMNO, di sini, Isnin malam.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan penerangan UMNO di peringkat negeri akan memperhebatkan lagi penjelasan mengenai GST di akar umbi.

“Untuk itu penerangan negeri selepas ini akan mengadakan penerangan mengenai perkara ini di semua bahagian di negeri masing-masing. Kita membantu kerajaan bagi pihak parti untuk terangkan mengenai perkara ini.

“Mereka akan bekerjasama dengan pihak berkenaan seperti Kastam yang akan menyediakan tenaga penceramah bagi menerangkan soal ini. Itu isu terkini yang perlu diberikan penjelasan sewajarnya,” katanya.

Sumber -MediaUMNO

Sunday, 19 January 2014

Tutup Peluang Orang Melayu Timba Ilmu



exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam3

MUAR, 19 Jan -Tindakan kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang ingin menutup Pusat GiatMARA di Taman Selayang Barum disifatkan sebagai satu percubaan bagi menutup ilmu untuk orang Melayu, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebagai seorang pemimpin negeri, Abdul Khalid sepatutnya mengembangkan ilmu dan berkongsi pengetahuan tanpa mengira fahaman politik.
“Saya tak rasakan pusat giatMARA itu tidak memberi manfaat kepada masyarakat. Bahkan semua pihak sepatutnya mahukan pusat seumpama itu diperluas kerana ia adalah sebuah institusi ilmu untuk memberi latihan kemahiran kepada golongan muda,” katanya ketika mengulas isu itu selepas menziarahi tokoh sejarahwan, Ibrahim Joned, 91, di kediamannya di Taman Bunga Raya, JalanTemenggung Ahmad di sini hari ini.

Razali juga berkata alasan kononnya bangunan yang menempatkan Pusat GiatMARA tidak sesuai di tapak terbabit adalah tidak relevan kerana sentiasa menjadi tumpuan generasi muda setempat untuk menimba ilmu kemahiran.

Beliau mendakwa Abdul Khalid bertindak sedemikian kerana projek itu diasas dan dikendali oleh kerajaan pusat.

Sumber : UMNOonline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...