Tuesday 10 December 2013

Sejarah UMNO

 
Sejarah UMNO
Parti Melayu Bersatu (UMNO)
umno

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Dato' Onn Jaafar
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj antara pemimpin awal UMNO

Tun Hj. Abdul Razak
Antara pemimpin UMNO yang berjaya dan sangat dihormati rakyat
Terkubur UMNO dimunculkan UMNO Baru
Pada 1987 parti UMNO terbubar dengan keputusan mahkamah membatalkan pendaftaran UMNO. Ada pihak dalam UMNO menyalahkan Dr. Mahathir membiarkan perkara tersebut dibawa ke mahkamah dan membiarkan mahkamah membuat keputusan. Dr. Mahthir ketika itu ditentang oleh kem Tengku Razaleigh sebagai 'team B'. Dr. Mahathir disokong oleh Musa Hitam dalam 'Team A'.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Pemimpin UMNO yang berjiwa besar, berani , lantang dan tegas dalam tindakan
Dengan kuasa yang masih ada sebagai PM Dr. Mahathir berjaya menyingkir team penentangnya dan mandapatkan semuala harta-harta UMNO. Tengku Razaleigh yang kecewa menubuhkan parti baru 'Semangat 46'dengan sokongan Datuk Suhaimi Kamaruddin (Presiden belia 4B). Walau apa pun yang telah terjadi kepada UMNO , ia tetap kukuh memerintah Malaysia.
Sumber: freewebs.com
 
UMNO JUARA RAKYAT
 
juara11
 
2010 menjadi dimensi baru bagi UMNO Malaysia, yang akan memulakan tahun baru dengan pelancaran program ‘UMNO Juara Rakyat’. Program ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Haji Abd. Razak.
Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.
Menerusi program ini juga akan meletakkan UMNO berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan UMNO. Malah jika berlaku malapetaka maka UMNO yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras agar menjadi nombor satu.
Program tersebut bukanlah untuk bermegah atau sombong khususnya apabila menyebut juara, tetapi hakikatnya selama ini UMNO dan BN yang merancang dan melaksana semuanya termasuklah projek pembangunan.
Sememangnya tiada siapa yang dapat menafikan apa lagi memadam hakikat pembangunan untuk rakyat dalam semua bidang termasuk pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan, kerohanian dan lain-lain lagi adalah merupakan perjuangan UMNO dan BN yang melaksanakan tetapi ada rakyat yang kurang sedar bahawa yang menjuarai kehidupan mereka adalah UMNO/BN.
Melalui Program UMNO Juara Rakyat, turut disediakan aktiviti seperti Forum Perdana, pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan nasyid, futsal serta pertunjukan kebudayaan 1Malaysia.
Selain sambutan peringkat negeri, semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara juga akan melaksanakan program tersebut pada skala lebih kecil selama dua hari satu malam setiap bulan.
Sumber Maklumat: umno_online.com
Mendahulukan Rakyat Model Transformasi UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak  pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 telah menggariskan tujuh elemen bertema ‘Mendahulukan Rakyat’ sebagai asas pengisian dalam Model Transformasi UMNO untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 serta memastikan kuasa orang Melayu terus dipertahankan.


Tujuh Elemen penting tersebut ialah:
• Perlunya mengamalkan sikap mementingkan pasukan dan bukan kumpulan sendiri.
• Ahli dan pemimpin UMNO pada semua peringkat mesti menentukan maruah dan kepentingan parti lebih besar daripada kepentingan diri.
• Ahli dan pemimpin UMNO perlu memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat supaya   parti dilihat inklusif.
• Mahir teknologi dengan menguasai media baru, terutama laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
• Memberi tumpuan kepada empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya umum akan datang.
• UMNO mesti menuju sifar masalah, termasuk mengelakkan pertelagahan pada peringkat bahagian; dan
• Amalan mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.


Pesanan Presiden UMNO untuk pertahan kuasa orang Melayu:

1- Utamakan maruah dan kepentingan parti daripada kepentingan diri

2- Tawan pemikiran, hati dan jiwa rakyat

3- Mahir teknologi maklumat dengan menguasai media baru

4- Tumpu empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya akan datang

6- UMNO mesti menuju sifar masalah

7- Dahulukan rakyat dalam sebarang tindakan


Perdana Menteri turut mengingatkan orang Melayu jangan terkeliru dengan dakyah pembangkang kononnya orang lain juga boleh mempertahankan Perlembagaan, walaupun UMNO dan Melayu kehilangan kuasa politik.
 
 

Sunday 1 December 2013

Program KULN Jadi Komponen Penting Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013



KUALA LUMPUR, 1 Dis – Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penyertaan seramai 150 orang kepimpinan mahasiswa dalam dan luar negara ke Persidangan Mahasiswa Nasional (Pemanas) sempena Perhimpunan Agung UMNO adalah sesuatu yang amat bermakna di kalangan pelajar kerana ianya menjadi sebahagian daripada sistem Perhimpunan Agung UMNO itu sendiri.

Jelasnya, program sebegini adalah satu komponen penting untuk suara anak muda didengar, ditapis dan dilihat oleh kepimpinan tertinggi UMNO serta menerapkan kewajarannya untuk UMNO melangkah terus ke hadapan.

“UMNO telah melalui satu transformasi besar sebagaimana yang kita lalui dan praktikkan dalam sistem pemilihan baru-baru ini. Kita menyerahkan masa hadapan UMNO kepada rakyat.

“Malah UMNO juga melalui transformasi, lebih sensitif kepada kemahuan anak-anak muda. Saya rasa tiada parti lain yang menyediakan platform sebegini besar kepada anak-anak muda secara formal. Dahulunya hanya melalui sayap-sayap tetapi kali ini melalui satu lagi institusi yang dianggap besar iaitu di kalangan mahasiswa.

“Kita mahu dengar apa yang patut kita buat. Jika selama ini kita buat tentang anak muda hanya melalui apa yang kami fikir baik tetapi sekarang kita mahu anak muda itu sendiri beritahu apa yang patut kita buat untuk diri mereka.

“Inilah satu proses mencari suatu konsep yang lebih bermakna untuk UMNO melangkah jauh ke hadapan,” jelasnya dalam sidang media selepas memberi ucaptama Majlis Persidangan Kelam UMNO Luar Negara di PWTC hari ini.

Dalam ucapannya pula Shabery berkata, UMNO adalah sebuah parti yang unik dan menjadi peneraju kepada Barisan Nasional (BN) yang menjadi pengikat kepada 14 parti lain.

Jelas beliau sistem pengkerajaan sediada di negara ini digerakkan oleh parti politik dan sejak dahulu lagi BN lah yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk meneraju negara.

Oleh itu tambah beliau lagi, UMNO selaku tulang belakang kepada BN dan kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik agar UMNO itu sendiri terus relevan dan dipercayai rakyat.

“Sebab itu salah satunya kita memberi perhatian khas kepada golongan mahasiswa iaitu golongan bakal pemimpin negara. Melalui Perhimpunan Agung UMNO ini kita memberi pengiktirafan kepada mahasiswa. Suara mereka kita dengar,” ujarnya lagi.

Persidangan KULN pada kali ini berkonsepkan ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas. Pesertanya terdiri daripada 75 orang wakil KULN dan 75 orang daripada mahasiswa dalam negara.

Peserta akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dan bakal membincangkan salah satu tajuk daripada empat tajuk utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.
Melalui persidangan ini juga, jurucakap bagi perwakilan mahasiswa akan dipilih untuk bercakap di Perhimpunan Agung UMNO.



Sumber : MediaUMNO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...